TAK 'Goyang', Tapi Bagnaia Teruja Potensi Marc Marquez Sertai Kem Ducati
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
10/6/20231 min read
PENYANDANG juara dunia MotoGP, Francesco Bagnaia tak bimbang namun gembira dengan cabaran yang bakal disajikan pelumba bintang Honda, Marc Marquez yang ketika ini kuat dikaitkan dengan Ducati.
Marquez sah akan meninggalkan pasukan yang disertainya selama 11 tahun, Honda pada penghujung musim ini dan destinasi pelumba Sepanyol itu berikutnya dikhabarkan adalah Gresini yang juga pasukan satelit Ducati.
Tidak mampu memberi saingan dikatakan antara punca utama Marquez angkat kaki daripada Repsol Honda dan keputusan itu dibuat sekalipun tiada pasukan 'Factory' tersedia untuknya bagi musim 2024.
Selain 'turun pangkat' menyertai pasukan satelit dan berkemungkinan menggunakan jentera setahun lebih 'tua', tindakan meninggalkan Honda turut menyaksikan Marquez kehilangan pendapatan yang cukup banyak.
Selepas 14 pusingan berlangsung, Marquez meraih kedudukan podium sulungnya musim ini di perlumbaan utama di Grand Prix Jepun 2023 di tangga ketiga ironinya di belakang Bagnaia dan Jorge Martin yang menggunakan jentera Ducati.
Dan sekalipun belum ada kata putus yang menyakskan Marquez akan menyertai Ducati setakat ini, Bagnaia ketika ditemui mengakui gembiora jika ia menjadi kenyataan.
"Saya akan meraih kegembiraan. Kerana kami boleh bersaing dengan hebat," kata Bagnaia memetik laporan AS.
"Jika Marc tiba di Ducati, dia sudah pasti akan cukup laju sejak dari awal perlumbaan. Lawan sepertinya sentiasa hebat jadi saya cukup gembira."
Jika Marquez menyertai Gresini, juara dunia lapan kali itu akan menggunakan jentera Ducati yang digunakan Bagnaia dan Martin GP24 pada musim ini, jentera yang hampir pasti menjulang gelaran dunia MotoGP 2024.
"Dia (Marquez) adalah nilai tambah, juara dunia lapan kali, jadi melihat data sesorang sepertinya yang akan membantu sebagai galakan dan bantuan, dan kemudian kita akan lihat apa yang dia mampu lakukan," kata Bagnaia.
Bagnaia ketika ini masih memimpin carta kejuaraan dunia kategori pelumba namun kelebihan yang dimilikinya cukup tipis - 3 mata berbanding Martin yang masih segar dengan kemenangan 'aneh' di GP Jepun 2023.