TAK Mahu Beri Tekanan Kepada Alex Marquez - Marc Marquez
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
2/11/20251 min read


ALEX Marquez tampak cukup 'serasi' dengan jentera Ducati GP24 setakat ini dan sudah mengungguli dua sesi ujian rasmi di Barcelona tahun lalu diikuti sesi pertama tahun ini di Sepang.
Ketika ditanya mengenai sama ada pelumba Gresini Ducati itu mampu mencabar kejuaraan pada musim ini, abangnya yang juga juara dunia lapan kali, Marc Marquez menyifatkan ia terlalu awal untuk dikatakan.
"Saya tidak akan meletakkan tekanan kepada adik saya. Dia menikmati keadaan ketika ini, dia memperoleh perasaan yang amat baik," kata Marquez memetik laporan Crash.net ketika di Sepang.
"Tekanan adalah untuk pelumba pasukan rasmi. Di pasukan rasmi kamu perlu bertarung untuk merebut kejuaraan.
"Dia sedang menikmatinya, jadi teruskan. Tetapi sudah tentu saya akan memberikan tumpuan kepada garaj saya kerana ia akan menjadi jadual yang amat padat, dan kesemua jurutera-jurutera yang berada di sana perlu memahami dengan tepat kerana kami perlu memilih perkara yang betul," katanya.
Sementara itu, pelumba kelahiran Sepanyol turut menyatakan keadaan permukaan di Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS cukup baik, situasi yang menyukarkan pasukannya untuk meningkatkan prestasi jentera.
"Disebabkan tahap cengkaman yang tinggi, ia 'menyerap' segala isu yang timbul. Sudah tentu kami sentiasa cuba untuk bertambah baik.
"Masalahnya keadaan di litar luar biasa, kerana ada banyak getar dan kamu tidak tahu di mana masa jentera, kerana apabila keadaan cengkaman di litar amat bagus, litar itu sentiasa apabila kamu melaluinya ia amat hitam.
"Kesemua masalah diserap oleh getah itu. Jadi jika ada tempoh apabila saya meletakkan pakej terbaik yang saya rasa bagus, saya tidak boleh kata di mana kami boleh meningkat."
