TAK Mampu Menang Tanpa Hujan - Marc Marquez
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
9/9/20241 min read


MARC Marquez mengakui kejayaannya menjuarai perlumbaan MotoGP Grand Prix (GP) San Marino di Misano, Itali 'mustahil' untuk dicapai tanpa hujan.
Pelumba Gresini itu membuat kejutan di Misano dengan memenangi perlumbaan MotoGP keduanya musim ini mengikuti kejayaan di Aragon - kemenangan yang menyaksikannya perlu menunggu lebih 1,000 hari sebelum diperoleh.
Mengakui peluangnya di Misano untuk menang 'rosak' ketika sesi kelayakan apabila dia mengalami kemalangan dan terpaksa memulakan perlumbaan di petak ke-9, kejayaan yang diraihnya itu turut diakui di luar jangkaan.
"Kali memang langsung tidak dijangka, terutama kerana saya memulakan perlumbaan di petak ke-9, tanpa titisan (hujan), mustahil untuk bersaing dengan pelumba-pelumba di depan," kata Marquez.
"Kami tahu yang pada tahap kedua perlumbaan yang kami amat kuat dan bagi saya, perkara palinng penting... ok, satu perkara adalah untuk memimpin perlumbaan, tetapi satu lagi perkara untuk untuk membuka jurang dengan juara dunia dan kepada Pecco yang amat-amat pantas di sini.
"Saya dapat menunggang dengan amat baik, amat laju, dan bertahan pada babak pertama dan kedua perlumbaan. Kemudian menyerang pada pusingan terakhir."
Antara yang 'terperangkap' dengan keadaan hujan adalah pendahulu kejuaraan, Jorge Martin dari Pramac Ducati yang menjadi antara pelumba terawal memasuki pit untuk menukar jentera sebelum keadaan cuaca bertambah baik.
Ketika ditanya sama ada dia memang mahu memasuki pit selepas melihat Franco Morbidelli mengalami kemalangan, Marquez berkata perkara itu tidak berada dalam fikirannya.
"Tidak. Tetapi sudah tentu, pada satu tahap jika hujan masih lagi turun pada satu lagi pusingan mungkin sudah tiba masanya untuk masuk. Tetapi apabila saya melihat tiada siapa masuk dan hanya ada satu pelumba yang masuk, kamu perlu kekal dan itulah yang saya buat.
"Kami mempunyai kelajuan sepanjang minggu. Tetapi kami melakukan kesilapan ketika kelayakan. Itulah yang kami perlu tingkatkan, dalam tempoh dua minggu ini. Selain daripada itu, apabila saya melihat ada titisan di visor helmet saya dan juga tarmac, saya memutuskan untuk mengambil risiko."
