TAK Menang Di Tangkak, Tapi Akid Aziz Sah Gelaran Keseluruhan CP150 Cub Prix 2023
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
10/23/20232 min read


MOHD Akid Aziz dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing mencipta sejarah tersendiri apabila menjulang gelaran juara keseluruhan CP150 Petronas Malaysia Cub Prix 2023.
Kejayaan itu disahkan oleh Akid pada pusingan ke-9 yang berlangsung di Kompleks Sukan Permotoran Tangkak, semalam.
Lebih menarik, Akid tidak melengkapkan gelaran sulung kariernya itu tanpa meraih kemenangan pada perlumbaan di Tangkak yang dimenangi oleh rakan sepasukannya, Ahmad Afif Amran.
Akid begitupun masih mengisi kedudukan podium apabila melengkapkan perlumbaan selaku naib juara. Pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor, Md Haziq Md Fairues melengkapkan kedudukan podium.
“Musim ini sangat baik bagi saya. Hanya sekali saya terlepas peluang ke podium iaitu di pusingan pertama. Pusingan-pusingan seterusnya memang rezeki bagi saya," kata Akid.
"Saya amat berterima kasih kepada pasukan saya dan mekanik saya yang telah menyediakan jentera yang sangat bagus bagi saya untuk musim ini. Mereka juga banyak memberikan saya sokongan dan galakan yang diperlukan," katanya.
Dalam kategori CP125 pula, Md Irfan Haykal Amidi dari pasukan Bad Lab Honda KC Racing meraih kemenangan di Litar Tangkak.
Turut menaiki podium adalah pelumba pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing, Md Khairi Asyraf Mahmood dan melengkapkan posisi di podium adalah Md Hafiza Rofa dari pasukan ONEXOX TKKR Racing.
Sementara itu, Adib Arsyad dari pasukan Yamaha Estremo 27 Racing memenangi perlumbaan kelas Wira KBS di Tangkak.
Mengikutinya di podium adalah Md Farish Iqmal Khayrul Elyas dari pasukan BAD LAB HONDA KC Racing dan melengkapkan podium adalah Emil Idzhar Ezuan dari pasukan Yamaha Estremo 27 Racing.
Keputusan Perlumbaan di Tangkak
CP150
1. Ahmad Afif Amran, PETRONAS SPRINTA YAMAHA - CKJ RACING, 14:37.265
2. Md Akid Aziz, PETRONAS SPRINTA YAMAHA - CKJ RACING, 14:37.985
3. Md Haziq Md Fairues, PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR, 14:38.924
4. Azroy Hakeem Anuar, HONDA YUZY ESTREMO TEAM, 14:39.517
5. Md Muzakkir Mohamed, ONEXOX TKKR RACING TEAM, 14:44.430
CP125
1. Md Irfan Haykhal Amidi, BAD LAB HONDA KC RACING, 11:34.381
2. Md Khairi Asyraf Mahmood, JETRON YAMAHA YYPANG RACING TEAM, 11:40.948
3. Md Hafiza Rofa, ONEXOX TKKR RACING TEAM, 11'46:707s
4. Md Shafiq Ezzariq, JETRON YAMAHA YYPANG RACING TEAM, 11'47:358s
5. Danial Johan, ONEXOX TKKR RACING TEAM, 11'48:343s
Wira KBS
1. Md Adib Arsyad Md Hisam, YAMAHA ESTREMO 27 RACING, 9:33.957
2. Md Farish Iqmal Khayrul Elyas, BAD LAB HONDA KC RACING, 9:34.332
3. Emil Idzhar Ezuan, YAMAHA ESTREMO 27 RACING, 9:35.648
4. Md Akif Abdullah, BAD LAB HONDA KC RACING, 9:36.235
5. Adib Hareez Hazwat, BAD LAB HONDA KC RACING, 9:36.937
*Kedudukan 5 terbaik
