'TAK Sama Dengan Pelumba Lain'
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
1/19/20251 min read


ANDREA Dovizioso percaya kehadiran Marc Marquez di Ducati Corse tidak boleh dibandingkan dengan beberapa nama besar yang disenarai pengeluar Itali itu sebelum ini.
Ducati sebelum ini pernah membawa masuk beberapa pelumba bertaraf bintang antaranya Jorge Lorenzo dan Valentino Rossi ke pasukan itu tetapi keputusan yang diharapkan tidak menjadi kenyataan.
Tetapi kini, dengan Ducati mempunyai jentera terbaik di grid MotoGP, Ducati mendapatkan khidmat Marquez bersama pasukan 'kilang' dan mengetepikan juara dunia 2024, Jorge Martin.
"Situasi mungkin nampak sama tetapi ia berbeza," kata Dovizioso kepada GPOne. "Lorenzo dibawa masuk kerana ada individu dalam Ducati sendiri yang tidak percaya pelumba-pelumba mereka boleh menang.
"Sementara untuk Marc, ia adalah keutamaan kerana mereka sudah pun mempunyai juara dunia bersama mereka dan jentera sudah pun mendapat gelaran juara."
Dovizioso dan Andrea Iannone adalah rakan sepasukan di Ducati pada 2016 sebelum pasukan itu membuat keputusan untuk mendapatkan khidmat juara tiga kali, Lorenzo.
Iannone berpindah ke Suzuki pada 2017 untuk memberi ruang kepada Lorenzo tetapi keputusan yang diperoleh pelumba kelahiran Sepanyol itu tidak seperti diharapkan.
"Pecco perlu melakukan apa yang dia lakukan seperti tahun lalu, iaitu fokus kepad dirinya sendiri, karakternya sendiri dan memanfaatkan potensinya tanpa memandang terlalu banyak perkara luar.
"Kehadiran Lorenzo memberikan saya peluang yang besar untuk meningkat dan ia satu kelebihan. Malah saya mendapat manfaat. Mempunyai rujukan seperti itu amat berguna untuk meningkat."
