TAK sampai 24 Jam, Lencana 'Modenas' Ninja ZX-25R SE (2023) Dah Dicabut, Ganti 'Oori' Kawasaki

TULAR

9/16/20231 min read

SERAMAI 100 pemilik terawal Modenas Ninja ZX-25R SE (2023) mengambil jentera masing-masing, kelmarin dan tak sampai 24 jam, sudah ada yang mengubah lencana Modenas dan digantikan dengan Kawasaki.

Kepada yang tak tahu, di Malaysia, Ninja ZX-25R SE tidak dipadankan dengan lencana Kawasaki namun menggunakan lencana Modenas (pelekat) dan antara paling jelas kelihatan adalah di bahagian sisi tangki bahan api.

Selain tangki bahan api, beberapa perkataan Modenas turut diletakkan di beberapa bahagian motosikal berkenaan termasuk di bahagian bawah 'fairing', visor namun di bahagian kunci, masih terpampang lencana Kawasaki.

Tetapi, atas pelbagai perkara yang boleh difikirkan, ada pemilik yang bertindah menukar lencana Modenas berkenaan kepada 'Original' Kawasaki.

Dan menariknya, apa yang dilakukan pemilik itu turut dikongsikan di media sosial dan seperti dijangka, ia menjadi 'bahan'.

Mungkin tak tahan dengan kritikan yang diperoleh, pemilik 'posting' berkenaan berkemungkinan menarik atau memadam hantaran itu kerana ia tidak lagi kelihatan atau diakses.

Tetapi kami di MotoDotMy berjaya untuk menyimpan imej berkenaan untuk tatapan.

Di Malaysia, Ninja ZX-25R SE tiba di pasaran tempatan hasil kerjasama strategik Modenas dan Kawasaki. Dan berikutan perjanjian itu, antara yang menarik adalah harga Ninja ZX-25R SE di pasaran tempatan boleh dikatakan agak 'marhaen' berbanding negara-negara lain termasuk jiran Indonesia.

Setakat ini, Modenas menjelaskan sudah menerima hampir 300 tempahan (termasuk 100 yang sudah diserahkan) untuk motosikal berkenaan.