TAK Sangka 'Jurang' Sejauh Ini - Fabio Quartararo

Pelumba Monster Yamaha, Fabio Quartararo menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Itali 2025 di Mugello di kedudukan ke-14 sekali pun bermula di petak ke-5

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

6/23/20251 min read

FABIO Quartararo mengakui dia tidak menjangka jurangnya dengan pemenang perlumbaan Grand Prix (GP) Itali 2025 cukup jauh selepas menamatkan aksi di Mugello di kedudukan ke-14 selepas bermula di petak ke-5.

Pelumba Monster Yamaha itu sekali lagi mengharungi kempen kelayakan yang positif apabila memulakan perlumbaan di barisan kedua tetapi cabarannya mengendur berikutan kesukaran yang dihadapi bersama Yamaha M1.

Quartararo sebelum ini mencipta kejutan selepas merangkul tiga petak utama berturut-turut malah meraih podium di Jerez dan hampir menjuarai perlumbaan di Silverstone.

Justeru, pelumba kelahiran Perancis itu mengakui prestasi longlai di antara litar kegemarannya itu sebagai mengejutkan dan 'bencana'.

"Saya tidak menjangkakan petak utama dan menjadi selaju ini pada pusingan pertama," kata juara dunia MotoGP 2021 itu. "Tetapi saya juga tudak menjangkakan akan sejauh ini dalam perlumbaan di litar yang secara asasnya saya sentiasa laju. Seperti di sini."

Quartararo dalam pada itu mengakui masih merasai kesakitan bahu yang diperoleh susulan kemalangan pada Jumaat.

"Sudah tentu bahu saya masih terasa amat sakit, tetapi ia bukan paling buruk," kata Quartararo. "Perasaan yang kami ada dengan jentera pada minggu ini tidak hebat, kecuali ketika sesi latihan bebas 1 dan ketika serangan masa.

"Hari ini ia menjadi lebih lagi, dan jentera kami, apabila cengkaman menjadi amat kurang, ia benar-benar satu bencana untuk mengubah arah dan secara fizikal ia amat sukar," kata Quartararo yang menjadi pelumba bukan Ducati menang di Mugello.