TAK Sangka Menang - Marco Bezzecchi

Selepas kembali posisi podium, Marco Bezzecchi memintas pelumba Trackhouse Aprilia, Raul Fernandez untuk ke tempat kedua dan hanya dibezakan dengan 2.4 saat dengan pendahulu perlumbaan, Fermin Aldeguer

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

10/4/20251 min read

PELUMBA Aprilia Racing, Marco Bezzecchi mengakui dia sudah menyangka kemenangan dalam perlumbaan Sprint Grand Prix (GP) Indonesia 2025 sebagai sudah jauh daripada jangkauan sebelum melakukan aksi kebangkitan dramatik untuk bergelar juara.

Bezzecchi bermula dari petak utama namun jatuh ke kedudukan kelapan selepas permulaan yang mengecewakan.

Tetapi pelumba kelahiran Itali itu - yang meraih petak dengan meleburkan rekod terpantas di Mandalikan memintas satu demi satu pelumba di depannya.

Selepas memintas pelumba Trackhouse Aprilia, Raul Fernandez untuk ke tempat kedua, Bezzecchi berdepan jurang 2.4 saat dengan pendahulu perlumbaan, Fermin Aldeguer. Dengan hanya enam pusingan berbaki, peluang dikatakan agak tipis.

“Saya tiba di Selekoh 7 dan dia buat Selekoh 8 dengan sangat baik. Saya fikir, ‘Sudah terlepas’,” kata Bezzecchi.

“Tapi di Selekoh 9 saya ambil 'slipstream', saya rapat dan cuba juga. Ia agresif, tapi cukup untuk lepas.”

Bezzecchi berjaya memintas Aldeguer di Selekoh 10 dan mengekalkan kedudukan walaupun pelumba Gresini Ducati itu cuba membalas di Selekoh 11 dan 12.

Kejayaan di Mandalikan adalah kemenangan Perlumbaan Sprint kedua Bezzecchi dalam tiga pusingan terakhir, selepas dia turut menang di Misano.

“Misano memang istimewa sebab ia perlumbaan di laman sendiri, tapi menang seperti ini juga sangat hebat. Saya tak ada yang paling saya suka, saya cuma mahu buat perlumbaan yang baik,” katanya.

Bezzecchi turut meluahkan rasa hairan terhadap permulaan perlumbaan yang perlahan, dan mahu pasukannya menyiasat punca sebenar.

“Saya tak tahu kenapa saya hilang banyak ruang dalam 10 atau 20 meter pertama. Selepas itu jentera okay, tapi permulaan sangat perlahan,” katanya.