TAK Terkesan, Aleix Espargaro Terpantas Hari Pertama GP Catalan 2024
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
5/25/20242 min read
ALEIX Espargaro seperti mendapat suntikan semangat apabila mencatatkan rekod terpantas di Litar Catalunya pada hari pertama Grand Prix (GP) Catalan 2024 - sehari selepas mengumumkan pelan persaraannya dari MotoGP.
Dalam aksi yang dipenuhi insiden kemalangan itu, pelumba pasukan Aprilia, Espargaro melakukan catatan terpantas 1 minit 38.562 saat (s) yang turut membawanya terus ke Kelayakan 2.
Turut menarik adalah tiada pelumba dari Ducati mengisi tiga kedudukan tepantas, semalam yang menyaksikan ia diisi jentera KTM menerusi Brad Binder (Red Bull KTM) dan Pedro Acosta (Red Bull GasGas).
Pelumba terbaik Ducati adalah penyandang juara dunia Francesco Bagnaia (ke-4 terpantas) dari pasukan 'kilang' Ducati Lenovo dan pelumba pasukan Pramac Ducati, Jorge Martin (ke-6).
Satu-satunya pelumba dari pengeluar Jepun berjaya memasuki Kelayakan 2 secara terus (10 terpantas) adalah Alex Rins (Monster Yamaha) yang melakukan catatan ke-9 terpantas.
Rakan sepasukan Binder, Jack Miller melakukan catatan ke-4 terpantas dengan rakan sepasukan Martin, Franco Morbidelli tampak sudah semakin yakin dengan Ducati GP24 apabila melakukan catatan ke-4 terpantas.
Pelumba yang turut mengisi persaingan merebut tempat di pasukan 'kilang' Ducati Lenovo, Enea Bastianini melakukan catatan ke-8 terpantas diikuti Maverick Vinales (Aprilia Racing) melengkapkan slot terus ke Kelayakan 2.
Antara 'nama besar' yang tercicir daripada mendapat tiket 'terus' ke Kelayakan 2 yang dijadual hari ini adalah pelumba Gresini, Marc Marquez dan Fabio Quartararo (Monster Yamaha).
Honda dalam pada itu tampak terus bergelut apabila kelima-lima pelumbanya yang diturunkan di Catalunya mengisi lima kedudukan tercorot termasuk pelumba ujian, Stefan Bradl yang tak mengambil bahagian di sesi petang berikutan masalah kesihatan.
Berikut catatan masa hari pertama MotoGP GP Catalan 2024
Aleix Espargaro (SPA) Aprilia Racing (RS-GP24), 1'38.562s
Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +0.072s
Pedro Acosta (SPA) Red Bull GASGAS Tech3 (RC16)*, +0.103s
Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP24), +0.133s
Jack Miller (AUS) Red Bull KTM (RC16), +0.140s
Jorge Martin (SPA) Pramac Ducati (GP24), +0.231s
Franco Morbidelli (ITA) Pramac Ducati (GP24), +0.269s
Enea Bastianini (ITA) Ducati Lenovo (GP24), +0.455s
Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1), +0.481s
Maverick Vinales (SPA) Aprilia Racing (RS-GP24), +0.496s
Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23), +0.551s
Marc Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23), +0.591s
Miguel Oliveira (POR) Trackhouse Aprilia (RS-GP24), +0.788s
Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +0.790s
Marco Bezzecchi (ITA) VR46 Ducati (GP23), +0.820s
Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP23), +0.858s
Fabio Di Giannantonio (ITA) VR46 Ducati (GP23), +0.917s
Augusto Fernandez (SPA) Red Bull GASGAS Tech3 (RC16), +0.942s
Johann Zarco (FRA) LCR Honda (RC213V), +0.996s
Takaaki Nakagami (JPN) LCR Honda (RC213V), +1.466s
Joan Mir (SPA) Repsol Honda (RC213V), +1.694s
Luca Marini (ITA) Repsol Honda (RC213V), +1.756s
Stefan Bradl (GER) HRC Test Team (RC213V), Tiada masa
*10 Terpantas terus ke Kelayakan 2