TAK Tunggu Lama, Honda Vario 160 Edisi Repsol Turut Ditawar Dalam Pakej Merdeka 2023

7/21/20231 min read

BARU saja menerjah pasaran tempatan beberapa hari lalu, Honda Vario 160 Edisi Repsol (2023) menjadi antara model yang disenaraikan Boon Siew Honda (BSH) dalam promosi menarik Pakej Merdeka 2023.

Untuk Honda Vario 160 Edisi Repsol (2023), Pakej Merdeka 2023 bermula dari 19 Julai hingga 3 September 2023.

Menerusi Pakej Merdeka 2023, harga jualan Honda Vario 160 Edisi Repsol (2023) ditawarkan pada harga tetap RM 12,700 (Atas Jalan) termasuk insuran, pendaftaran dan lain-lain.

Dengan bayaran muka RM 1,270, pembeli boleh memilih tiga pakej ansuran bulanan seperti berikut:

  • 36 bulan - RM 413 sebulan

  • 48 bulan - RM 333 sebulan

  • 60 bulan - RM 286 sebulan

Sebagai info, Pakej Merdeka 2023 ditawarkan di semua rangkaian pengedar Honda Impian X dengan kerjasama Chailease dan Parkson Credit.

Begitupun, pakej berkenaan hanya terpakai untuk pembelian di Semenanjung Malaysia sahaja.