TAK Wajar Bercakap Mengenai Kontrak Sekarang - Alberto Puig

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

6/6/20251 min read

BOS Honda MotoGP, Alberto Puig berkata tidak sesuai untuk bercakap mengenai kontrak ketika salah seorang pelumbanya, Luca Marini sedang menjalani rawatan di hospital.

Kemalangan ngeri yang diperoleh Marini ketika ujian Suzuka 8 Hours minggu lalu menyaksikannya berdepan kecederaan serius dan terpaksa menjalani rawatan di Jepun serta belum dibenarkan terbang ke Eropah.

Bercakap mengenai keadaan Marini, Puig berkata pelumba Honda HRC Castrol itu akan sekali lagi menjalani ujian imbasan untuk memastikan paru-parunya sudah pulih sebelum membuat keputusan lanjut.

Dan pada masa sama, Puig berkata ia bukan masa yang sesuai untuk bercerita mengenai masa depan pelumba kelahiran Itali itu yang kontraknya dijadual berakhir pada penghujung musim ketika ini.

"Kemalangan itu serius dan pada awalnya kami amat bimbang," kata Puig. "Dia mengalami retak kecil di bahagian dada, lutut, tetapi akhirnya ia tidak begitu banyak.

"Tetapi masalahnya adalah ada lebam besar pada paru-paru, dan inilah sebabnya dia masih berada di Jepun. Dia tidak boleh melakukan perjalanan sehingga paru-parunya pulih.

"Tetapi benar yang dari hari ke hari dia semakin baik. Kini dia menerima rawatan daripada fisioterapi di Jepun yang Honda bawa ke mana dia berada sekarang. Dia sudah boleh berjalan, dan ia amat bagus."

"Kami akan membuat imbasan CT mungkin pada esok, dan bergantung kepada keputusan kami akan membuat penilaian terhadap situasi dan doktor akan memaklumkan sama ada dia bersedia untuk terbang atau tidak.

"Tetapi betul yang ia bukan tempoh yang baik. Tidak bagus atau tepat untuk bercakap atau berfikir mengenai perkara ini (kontrak) apabila ada pelumba kamu di hospital.

"Ayuh berharap dia boleh kembali dengan cepat dan dia boleh terus berlumba, kerana pelumba itu ketika ini sudah mula meningkatkan prestasinya dan sedang meningkat.

"Perkara ini akan menghentikan perkembangannya, tetapi saya mahu percaya yang dia akan kembali dan dia akan cergas dan meneruskannya. Dan daripada itu kita akan lihat apa yang boleh kami lakukan."