TEKA Teki Siapa 'Teman' Toprak Di Pramac Yamaha? Ini Jawapan Miller, Oliveira
Pengesahan Toprak Razgatlioglu ke pasukan Pramac Yamaha MotoGP pada musim depan mencetus ketidaksimbangan dalam pasukan itu yang ketika ini diisi dua pelumba berpengalaman, Jack Miller dan Migiel Oliveira
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
6/20/20252 min read


PENGESAHAN bintang WorldSBK, Toprak Razgatlioglu ke pasukan Pramac Yamaha MotoGP pada musim depan mencetus ketidaksimbangan dalam pasukan itu yang ketika ini diisi dua pelumba berpengalaman, Jack Miller dan Migiel Oliveira.
Secara mudahnya, salah seorang daripada Miller atau Oliveira perlu angkat kaki daripada pasukan itu bagi memberi ruang kepada bintang Turki itu di grid pasukan.
Sekalipun Miller menyertai Pramac Yamaha dengan kontrak selama setahun, ketidaktentuan turut melanda Oliveira di mana kontraknya selama dua tahun turut memiliki klausa 'pilihan' oleh Yamaha.
Menjelas Grand Prix Itali di Mugello, kedua-dua pelumba sedar dengan spekulasi yang sedang berjalan malah bagi Oliveira, ia turut menambah elemen tekanan untuk membuktikan siapa yang layak memperoleh 'pelana' berkenaan.
"Benar, kehadiran Toprak sudah tentuk memberi elemen tekanan yang berbeza terhadap situasi, kita boleh katanya untuk tempat kedua bagi tahun depan," kata Oliveira kepada MotoGP.com.
"Saya fikir semua orang ingin tahu bagaimana persembahan Toprak di MotoGP, tetapi dari sudut saya, saya fokus sepenuhnya kepada sekarang untuk melakukan sebaik yang saya mampu untuk memaksimakan potensi saya dan juga potensi jentera.
"Saya percaya diri saya, dan kita akan lihat bagaimana beberapa perlumbaan selepas ini akan berlangsung. Tetapi saya yakin yang kami akan mula melakukan beberapa keputusan yang bagus dan keputusan jelas bukan di tangan saya."
Ketika ditanya mengenai adakah Yamaha memberikannya tarikh akhir, jawapan Oliveira: “Tidak, kamu perlu bertanya Yamaha."
Miller dalam pada itu hampir senada dengan rakan sepasukannya itu.
"Situasinya adalah seperti yang kita semua tahu. Kamu tahu sebanyak yang saya tahu. Cuba untuk melakukan kerja dengan sebaik yang saya boleh. Masih ada banyak perlumbaan yang perlu diharungi.
"Kami akan meneruskannya dengan penuh fokus dan kerja keras tanpa banyak bercakap. Apa saya cuba katakan, tiada banyak perkara yang boleh saya lakukan."
Dan jawapan Miller terhadap soalan mengenai adakah Yamaha memberikannya tarikh akhir lebih panjang.
"Tiada apa yang saya boleh beritahu kamu. Ada beberapa perkara sedang diusahakan, sama ada ia di sini atau bersama pasukan dan seterusnya. Pada penghujungnya, saya menggemari projek ini, suka dengan orang yang saya sedang bekerja, suka untuk kembali ke Pramac tetapi kita perlu tunggu dan lihat.
"Seperti saya kata, saya hanya melakukan yang terbaik. Saya merasakan yang kami semakin kuat sepanjang minggu, jadi kami hanya kekal fokus terhadap apa yang penting, dan ia adalah memberikan pasukan mata."
BOS Yamaha Racing, Paolo Pavesio baru-baru ini mengesahkan pengeluar itu akan mengumumkan senarai pelumba pasukan 'kilang' Monster Yamaha sebelum rehat musim panas.
