TEMA 'Henti Keganasan' Jadi Pilihan AoS Malaysia 2024, 27,28 Julai Ini, Lagi Besar, Meriah!
TERKINI
7/20/20243 min read
PRIHATIN kepada situasi semasa, acara 'Kustom & Counter Culture' terulung Malaysia, Art of Speed (AoS) Malaysia tampil dengan tema 'Hentikan keganasan' bagi edisi 2024 yang dijadual berlangsung di Maeps pada 27 dan 28 Julai ini.
Susulan sambutan yang luar biasa dari pengunjung bagi edisi tahun lalu, AoS 2024 dirancang untuk tampil dengan lebih besar, dan menurut penganjur, lebih menarik berbanding edisi-edisi terdahulu.
Untuk penganjuran kali ini, ruang keseluruhan acara di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (Maeps) diperbesarkan kepada 452,084 kaki persegi (tertutup) bersama ruang luar seluas 8.6 ekar.
Justeru, ia dijanjikan akan menampilkan lebih banyak aktiviti yang diharapkan dapat memuaskan hati peminat dan pengunjung.
Sebelum pergi lebih jauh, informasi lanjut termasuk tarikh penganjuran dan harga tiket adalah seperti berikut:
27 Julai: 10 pagi - 7 malam
28 Julai: 10 pagi - 7 malam
Pas Hujung Minggu: RM35 (boleh dibeli depan pintu dan atas talian)
Kanak-kanak bawah umur 12 tahun: Percuma
Pemegang pas OKU: Percuma
Tiket parkir valet VIP: RM 30.
*Pengunjung boleh meletakkan kenderaan di aras bawah Dewan D dan sah untuk kemasukan sehari dan tidak termasuk yuran proses RM 3.
Seperti biasa, tidak lengkap AoS tanpa cabutan bertuah dan kali ini, AoS menjalin kerjasama dengan Qartel TV untuk menyediakan hadiah berupa kereta 'moden' Honda yang sudah menjalani modifikasi bagi pemegang tiket bertuah.
Berikut adalah senarai antara tetamu istimewa AoS Malaysia 2024 (Tempatan/antarabangsa)
Shige Suganuma, Shinotsuka “NATQQ” Michihisa & Hey Murakamii dari MOONEYES: Jepun
Katie’s Customs: Jepun
Masati Ikemori, Stoop Motorcycles: Jepun
Minato Yamamoto, Evilact: Jepun
Nigel Petrie dari Engineered To Slide: Australia
Spinny: Thailand
Dino Dalle Carbonare, Alexander Iain, Speedhunters.com
Masashi Tasaki, ONE LOW: Jepun
Tengku Djan, The Prince of Drift: Malaysia
Makoto from Makoto M&K Custom Signs: Jepun
Untuk AoS Malaysia 2024, antara acara yang berlangsung adalah seperti:
SoundCircus Takeover (Dewan A - Tertutup) Antara artis: Spider, Gerhana Ska Cinta, Salam Musik, Jemson X Forcesparkbois, Slatan, 53 Universe.
Komuniti Moto4sale: Jual beli motosikal bawah 500cc.
Kolaborasi: AoS X Zippo, AoS X Von Dutch (baju kerja dan topi), Aos X Selangor FC, AoS x MOONEYES.
AOS Invitational Build-Off (10 pembina binaan khas merebut hadiah wang tunai dan peluang untuk menghantar motosikal kustom mereka ke Jepun untuk acara The 32nd Yokohama Hot Rod Custom Show 2024). Senarai pembina - Abah & Sons (Padin Musa), Nodie Cycles, Acid Welding, Zuhalfast, RGF, Flying Loser, Chaos Customs, FNG Works, Son of Abdul
Edisi ke-2 Hot Wheels Collectors Convention Malaysia (Tetamu istimewa - Pengurus Pereka Kenderaan Hot Wheels, Dwayne Vance).
Outdoor ThunderCircus “Brotherhood Rally”: Kawasan terbuka yang dikhaskan sepenuhnya untuk penunggang dan peminat motosikal.
NEAT Fest dengan kerjasama NoEqual.co (Pameran kolektif kereta bermodifikasi yang dipilih dari seluruh Malaysia - Dewan C).
Off The Grid: Dewan C.
Hail Vintage dan Streetware Con: Pertunjukan fesyen pakaian jalanan dan thrift (Dewan D).
Show & Shine: Pameran kereta yang diubah suai dan motosikal bermodifikasi tinggi (Pemenang Best of Show memperoleh hadiah berupa lawatan ke The 32nd Annual Yokohama Hot Rod Custom Show pada Disember 2024 - Dewan A).
Aktiviti tambahan AOS 2024 merangkumi:
Roda Rumble 2024 - Two Wheels Gathering & Outdoor Festival anjuran Retro Mania
La Cultura - Malaysia’s Chicano Culture Appreciation Gathering (Persembahan fesyen gaya Cholo dan Chicano, persembahan Tarian dan DJ, dan lain-lain)
Food Park- Vendor dan foodtruck
Bazar vintaj automobil
Pelancaran produk di atas pentas
Test Ride Zone untuk motosikal (Royal Enfield, Vespa, Aprilia, Triumph, Lambretta, Harley-Davidson, dan lain-lain)
Pengarah Festival AoS Malaysia, Asep Ahmad Iskandar ketika pelancaran edisi 2024 berkata acara yang ditunggu-tunggu itu adalah untuk semua orang.
“Kami amat bersyukur kerana dapat menganjurkan Art of Speed Malaysia selama 13 tahun. Ia bukan sahaja untuk merealisasikan sebuah impian tetapi juga untuk kekal dengan cita-cita asal kami iaitu mengadakan acara yang mengumpulkan peminat-peminat di bawah satu bumbung untuk meraikan segala yang berkaitan dengan seni, gaya hidup, budaya dan permotoran," katanya.
Untuk maklumat lanjut mengenai AoS 2024, boleh layari laman web www.artofspeedmy.com atau laman sosial rasmi www.facebook.com/ArtOfSpeedMY/