TEMPAT Ketiga Tak Penting - Marc Marquez

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

11/15/20241 min read

MARC Marquez sekali lagi tampil dengan kenyataan berbaur kontroversi apabila menegaskan yang pemburuan tempat ketiga dalam kedudukan carta kejuaraan dunia MotoGP musim ini tidak penting buatnya.

Menuju perlumbaan penutup tirai MotoGP 2024 di Barcelona, pelumba Gresini Ducati itu ketika ini hanya dibezakan 1 mata dengan pelumba di tangga keempat, Enea Bastianini dari Ducati Lenovo.

Dan ketika ditanya mengenai perkara itu menjelang perlumbaan di Catalunya, jawapan Marquez cukup menarik.

"Percayalah, kedudukan tempat ketiga tiada kepentingan langsung," kata Marquez.

"Tidak, saya tidak mendapat sebarang bonus untuk tempat ketiga. Kosong kepentingan. Mungkin ia penting untuk Enea, saya tidak tahu kontraknya.

"Tetapi bagi saya, tiada kepentingan. Apa yang saya maksudkan adalah adakah kamu mengingati siapa yang menamatkan tempat ketiga pada 2022? Atau 2015? Saya menamatkan musim di tempat ketiga ketika itu tetapi tiada siapa mengingatnya.

"Jadi ia bermakna tempat ketiga tidak mengubah hidup saya.

"Hidup saya berubah dengan sasaran yang saya dapat tahun ini. Benar dalam dua perlumbaan terakhir saya memperoleh kelajuan kerana saya mendapati jika saya cuba meningkatkan risiko, kerana saya berkata 'Ok, kini saya mahu meningkatkan risiko untuk melihat apa yang berlaku'.

"Tetapi risiko yang saya ambil terlalu besar dan saya kehilangan dua perlumbaan, saya jatuh dalam dua perlumbaan berturut-turut.

"Jadi kita akan lihat pada minggu ini apa yang boleh kami lakukan tetapi sasaran saya pada tahun ini sudah pun tercapai. Lebih penting bagi saya untuk menamatkan perlumbaan dengan cara yang bagus untuk pasukan, berbanding untuk saya."