TEMPOH Terbaik Nak 'Sambar' MODENAS Vulcan S ABS (2023), Ada Promosi 4x Servis Percuma Bernilai RM 1k!

TERKINI

11/17/20233 min read

JIKA anda sedang berkira-kira untuk mendapat MODENAS Vulcan S ABS (2023), ini mungkin tempoh terbaik mendapatkan motosikal 'Sports Cruiser' yang layak dilabel antara terbaik dalam kelasnya itu.

Bermula bulan lalu, MODENAS atau Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd melancarkan pakej promosi menarik di mana dengan setiap pembelian, pembeli berpeluang memperoleh 4 kali servis percuma.

Apa yang mengujakan, pakej promosi berkenaan bernilai lebih RM 1,000.

Kepada yang masih belum tahu, MODENAS Vulcan S ABS (2023) membuat kemunculan rasminya di pasaran tempatan pada Mac tahun ini hasil kerjasama MODENAS dan Kawasaki.

Dan seperti dijangka, ia menjadi model pertama menggunakan lencana MODENAS yang dipadankan dengan sesaran enjin 650 cc dari Kawasaki.

Berjaya mencipta impak yang kuat ketika kemunculannya, MODENAS Vulcan S ABS (2023) di pasaran Malaysia ditawarkan dalam dua pilihan warna menarik dengan perinciannya termasuk harga adalah seperti berikut:

  • Metallic Flat Spark Black - Harga: RM 36,500

  • Pearl Matte Sage Green - Harga: RM 37,200

Tidak dapat dinafikan, antara yang menjadi 'kekuatan' MODENAS Vulcan S ABS (2023) adalah di bahagian trenkuasanya. Dipadankan dengan enjin bersesaran 649 cc, 2 Silinder, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC bersama transmisi 6 kelajuan klac manual, ia berupaya menghasilkan kuasa setinggi 59.9 Hp pada 7,500 rpm tork 62.4 Nm pada 6,600 rpm.

Dengan angka kuasa dan tork seperti itu, MODENAS Vulcan S ABS (2023) memang berupaya memberikan anda 'senyuman' ketika menunggang tidak kira untuk perjalanan ulang-alik harian ke tempat kerja atau menikmati perjalanan jelajah.

Seperti model-model terbaharu keluaran Kawasaki, MODENAS Vulcan S (2023) turut dibina dengan teknologi 'Ergo Fit' - sistem yang memberikan keselesaan kepada penunggang.

Menerusi 'Ergo Fit', pemilik boleh membuat pelarasan yang sesuai untuk tunggangan mereka di bahagian bar pemegang, tempat duduk dan tempat letak kaki dengan tiga tetapan berbeza.

Untuk keselesaan tunggangan juga, sistem suspensi MODENAS Vulcan S (2023) dipadankan dengan fork teleskopik konvensional (depan) dan penyerap hentak tunggal (belakang) dengan ciri pelarasan (Preload).

Tak ketinggalan di bahagian keselamatan, sistem brek dipadankan dengan brek cakera tunggal 272 mm (depan) dan 216 mm (belakang) lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran yang sudah diuji mencukupi dalam kelasnya.

Bagi meningkatkan rasa 'retro moden' pula, MODENAS Vulcan S (2023) dipadankan dengan lampu depan berbentuk segi tiga terbalik yang tampak cukup sporty, panel meter gabungan analog dan digital LCD yang mudah dilihat serta penggunaan lampu utama LED berwarna biru.

Sekalipun MODENAS Vulcan S (2023) mempunyai berat 229 kg dengan penampilan yang agak besar, MODENAS mendakwa ia mudah dikendalikan dan sangat selesa semasa menunggang, terasa ringan dan mudah membuat pusingan terutama dengan ketinggian pelana 705 mm.

Kepada yang berminat, MODENAS Vulcan S (2023) sudah boleh didapati di rangkaian pengedar rasmi MODENAS dan Kawasaki Malaysia seluruh negara.

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh layari laman web MODENAS dan Kawasaki Malaysia di https://modenas.my dan http://www.kawasaki.com.my.

Selain itu, turut tersedia adalah talian telefon bebas tol 1-800-880-008 atau WhatsApp Careline di +6019-570 8135.