TERHAD 20 Unit, Vespa 946 '10° Anniversario Lunar Collection' (2023) Kini Di Malaysia, RM 99.9k!
TERKINI
9/16/20231 min read
SALAH satu model edisi istimewa keluaran Vespa, Vespa 946 '10° Anniversario Lunar Collection' (2023) akhirnya membuat penampilan rasminya di pasaran Malaysia.
Sebagai model edisi istimewa, Vespa 946 '10° Anniversario Lunar Collection' (2023) dihasilkan dalam unit terhad, 1,000 unit seluruh dunia.
Dan untuk pasaran Malaysia, hanya 20 unit motosikal berkenaan diperuntukkan dan dijadual bakal tiba dan seperti biasa, bersama penawaran harga cukup 'mengujakan', RM 99,900 (asas).
Diperkenalkan di pasaran dunia ketika Pameran Motosikal Milan (EICMA) tahun lalu, Vespa 946 '10° Anniversario Lunar Collection' (2023) datang dengan pelbagai ciri istimewa yang tiada kepada Vespa 946 'standard'.
Paling ketara adalah warna dan corak grafik yang dipadankan dan untuk Vespa 946 '10° Anniversario Lunar Collection' (2023), ia membawa tema arnab yang juga salah satu tahun dalam kalendar China.
Tipikal Vespa 946, Vespa 946 '10° Anniversario Lunar Collection' (2023) yang dipadankan dengfan warna utama hijau dan kemasan hitam 'mati' juga datang dengan ciri seperti pelana tunggal dan rak 'box' barangan di bahagian belakang.
Sebagai model yang berkemungkinan tidak banyak berada di jalan raya dan hanya disimpan sebagai tayangan, setiap satu model datang dengan plet istimewa yang diposisikan di bahagian depan 'fairing'.
Mengulas trenkuasa, Vespa 946 '10° Anniversario Lunar Collection' (2023) dipadankan dengan enjin 155 cc, 1 Silinder, Penyejuk Udara, dengan kuasa dihasilkan sekitar 12.7 Hp pada 7,750 rpm dan 12.8 Nm pada 6,500 rpm.
Sistem brek menggunakan cakera tunggal (depan dan belakang) lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran. Turut tersedia adalah Sistem Kawalan Traksi atau ASR.
Ciri-ciri lain adalah seperti penggunaan sistem lampu LED penuh, set rim 12 inci (depan, belakang) panel meter LCD dan tiada ciri Kunci Pintar disematkan kepada skuter ini.
Turut dipertontonkan ketika Malaysia Vespa Festa 2023 di Johor Bahru, hari ini, tetapi menurut maklumat, kesemua unit yang diperuntukkan untuk Malaysia sudah pun 'selesai'. Namun epada yang berminat, boleh saja kunjungi pihak Motoplex untuk mendapatkan infomasi lanjutan.