TERLEPAS Slot Terus Q2 Di Aragon, Ini Alasan Fabio Quartararo
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
6/6/20251 min read


PELUMBA Monster Yamaha, Fabio Quartararo bergelut pada hari pertama Grand Prix (GP) Aragon 2025 yang menyaksikannya terlepas slot terus ke Kelayakan 2 apabila sekadar melakukan catatan ke-18 terpantas.
Tiba di Sepanyol dengan pencapaian hebat tiga petak utama berturut-turut dalam tiga pusingan terakhir, juara dunia MotoGP 2021 itu jelas berdepan kesukaran terutama membabitkan cengkaman di roda belakang.
Dan Quartararo menjelaskan isu itu disebabkan oleh penggunaan tayar selain masalah membabitkan sistem elektronik Yamaha RZR-M1.
"Ia benar-benar hari yang sukar, terutama dengan tayar lembut yang kami benar-benar tidak faham apa yang berlaku dengan dengan elektronik dan sebagainya," kata Quartararo memetik laporan Crash.net.
"Bukan hari yang terbaik terutama kami tidak memahami mengapa dan perkara ini menjadikannya lebih sukar. Jentera hanya (bergerak) tanpa sebarang alasan dan masalahnya adalah kamu tidak tahu bila untuk menjangkakannya.
"Dalam kes kami, ia bukan yang terbaik apabila kamu berada di atas jentera dan berada pada sudut condong yang penuh dan kamu tidak tahu jika kamu akan kehilangan (kawalan) di bahagian tepi atau ketika keluar.
"Dan saya tidak melakukan sebarang pusingan. Jadi empat pusingan yang saya lakukan semuanya tidak lengkap atau melakukan kesilapan. Tetapi kami perlu mencari jalan penyelesaian.
"Pelarasan bagus. Kami hanya perlu memahami mengapa apabila kami menukar tayar, jentera kami menjadi amat berbeza dan elektronik menjadi gila. Sejak Qatar kali tidak menyentuh beberapa pekara, tetapi elektronik perlu berubah.
"Ia bukan hari yang mudah tetapi para jurutera perlu memahami mengapa saya mengalami perkara seperti ini dan benar-benar tewas."
Quartararo berkata cengkaman di permukaan litar Aragon tidak menyumbang kepada masalah cengkaman dan mengakui akan membuat pertukaran membabitkan tayar jika perlu,
"Saya mahu melakukan cubaan masa dengan tayar pertengahan, tetapi kami tidak melakukannya kerana ia jelas amat-amat sukar untuk menunggang jentera ini," katanya. "Dan apabila kamu tidak tahu apa yang boleh dijangka ia menjadi lebih buruk.
"Kerana itu saya mahu menggunakan medium. Tetapi saya fikir pada Perlumbaan Sprint jika kami masih berdepan masalah sama saya fikir kami akan menggunakan medium."
