TIADA Kelibat Jorge Martin Di Buriram
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
2/9/20251 min read


JORGE Martin sah tidak akan menyertai ujian pra-musim MotoGP di Buriram, Thailand, umum pasukannya Aprilia Racing.
Situasi itu menyaksikan penyandang juara dunia MotoGP itu akan mengharungi perlumbaan pembuka tirai musim ini selepas hanya melakukan 13 pusingan ketika di Sepang sebelum mengalami kemalangan.
Martin dua kali terjatuh di Sepang namun yang kedua menyaksikannya mengalami kecederaan agak serius termasuk membabitkan patah dan memerlukan pembedahan di Eropah.
Kemalangan itu turut menyaksikan Aprilia dan pembekal tayar tunggal di MotoGP, Michelin 'berperang mulut'.
Sekalipun kecederaan tangan memaksa Martin mengharungi pembedahan, kecederaan di kaki tidak memerlukan prosedur yang sama.
Dan selepas mengumumkan pelumba kelahiran Sepanyol itu dibenarkan keluar daripada fasiliti perubahan di Barcelona dan akan pulang ke kediamannya di Andorra, Aprilia mengeluarkan kenyataan:
"Jorge tidak akan mengambil bahagian dalam ujian di Thailand dan melakukan persediaan sebaiknya untuk mengharungi Grand Prix Thailand sebaik yang mungkin," kata pengeluar Itali itu.
Aprilia sekali lagi akan menyenaraikan pelumba ujiannya, Lorenzo Savadori untuk mengambil alih tugas Martin.
