TIADA Rehat, HAKIM Danish Ramli Kembali Ke Litar Aksi Pusingan 2 RBMRC 2024 Di Le Mans!

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

5/6/20241 min read

PELUMBA muda negara, Hakim Danish Ramli akan kembali ke litar pada minggu ini apabila dijadual beraksi di Pusingan 2 Red Bull MotoGP Rookies Cup (RBMRC) 2024 yang berlangsung di Le Mans, Perancis.

Penampilan di Le Mans, sempena Grand Prix (GP) Perancis 2024 itu bermakna ini bermakna pelumba kelahiran Terengganu itu akan mengharungi minggu perlumbaan keempat secara berturut-turut.

Minggu lalu, pelumba berusia 17 tahun itu beraksi di Pusingan 2 Kejuaraan Dunia FIM JuniorGP (JrGP) 2024 di Estoril, Portugal minggu lalu.

Lebih mencabar buat juara Asia Talent Cup 2022 itu adalah dia turut dijadual beraksi pada Pusingan 3 JrGP di Litar Catalunya, Sepanyol pada minggu depan.

Pada aksi Pusingan 1 RBMRC 2024 di Jerez, Sepanyol minggu lalu, Hakim Danish berjaya mendapatkan keputusan yang dianggap cukup positif termasuk menaiki podium.

Begitupun, bukan hanya pelumba berbakat negara itu mengharungi jadual padat, namun beberapa lagi pelumba termasuk pelumba Sepanyol, Alvaro Carpe, Maximo Quiles, Rico Salmela (Finland) dan Ruche Moodley.