TIADA 'Sekatan' Terhadap Enea Bastianini

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

10/31/20241 min read

PEMENANG MotoGP Grand Prix Malaysia musim lalu, Enea Bastianini mengesahkan tidak menerima sebarang arahan daripada pasukannya Ducati Lenovo bagi menghadapi aksi di Sepang minggu ini.

Justeru pelumba kelahiran Itali itu 'bebas' untuk memburu kemenangan termasuk mencabar kedua-dua calon juara musim ini - Jorge Martin dan Francesco Bagnaia yang berada dalam tempoh genting dalam pemburuan gelaran dunia musim ini.

Ketika ini, hanya Bagnaia dan Martin berpeluang untuk dinobatkan sebagai juara. Martin dari Pramac Ducati memiliki kelebihan 17 mata berbanding rakan sepasukan Bastianini, Bagnaia berbaki dua pusingan.

Martin pastinya lebih berpeluang untuk melengkapkan gelaran jika berjaya menambah mata yang dimilikinya ketika ini kepada angka yang tidak mampu dicabar Bagnaia.

"Ya, saya benar-benar bebas," kata Bagnaia ketika ditanya sama ada menerima sebarang arahan daripada pasukannya kepada Crash.net.

"Saya juga ada sesuatu yang ingin dibuktikan pada penghujung musim, saya boleh mendapat tempat ketiga.

"Saya hampir untuk melakukannya. Perkara saya seperti (Marc) Marquez, pada beberapa pusingan sebelum ini kami melakukan beberapa masalah dan kehilangan beberapa mata.

"Dan saya perlu mengecilkan jurang itu dan cuba untuk bersaing dengannya di Valencia."

Bergelut dengan prestasi pada musim lalu, Bastianini begitupun tampil cukup yakin di Sepang dengan menjuarai perlumbaan.

Dan pelumba dengan julukan 'The Beast' itu mengakui alasannya mudah iaitu: "Ia (Sepang) adalah salah satu daripada litar kegemaran saya. Saya mendapat memori yang hebat di sini tahun lalu selepas mengharungi tempoh sukar dan meraih kemenangan.

"Ia amat beremosi untuk saya. Sukar untuk mengulangi keputusan itu, dan keputusannya tidak akan mudah. Tetapi saya berada di sini untuk cuba melakukannya."