TIGA 'Budak Jahat' WorldSBK Kuasa Podium Perlumbaa 1 Di Portimao, Ducati Sahkan Kejuaraan Dunia Pengeluar 2023
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
10/1/20232 min read


TRIO juara dunia WorldSBK kembali memenuhi podium Perlumbaan 1 pusingan 11 Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) di Portimao, Portugal semalam diketuai oleh jaguh Ducati, Alvaro Bautista.
Memulakan perlumbaan di petak utama, pelumba Kawasaki yang juga juara dunia WorldSBK enam kali, Jonathan Rea menyaksikan kedudukannya tergelincir ke tangga ketujuh susulan kesilapan dilakukan di awal perlumbaan.
Begitupun, pelumba kelahiran Britain itu berjaya bangkit untuk menamatkan perlumbaan di tangga ketiga.
Tempat kedua berjaya dirangkul juara dunia WorldSBK musim 2021 dari Yamaha, Toprak Razgatlioglu yang berjaya mendahului perlumbaan di pusingan pertama sebelum Alex Lowes memintasnya.
Sekalipun berjaya memintas Lowes pada pusingan keempat, kedudukan itu kemudian dipintas Bautista pada pusingan lima.
Dan Bautista tidak lagi menoleh ke belakang sebelum menamatkan perlumbaan dengan catatan 33 minit 42.916 saat (s).
Razgatlioglu melintasi garisan penamat 2.098s kemudian diikuti Rea.
Sementara itu, kemenangan Bautista turut menyaksikan Ducati merangkul gelaran kejuaraan dunia kategori pengeluar bagi musim 2023.
Sekali lagi, tiada catatan mata diraih pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah selepas bekas pelumba MotoGP itu menamatkan perlumbaan di tangga ke-20.
Perlumbaan Superpole dan Perlumbaan 2 dijadual berlangsung, hari ini.
Berikut keputusan Perlumbaan 1 WorldSBK Portimao 2023
1. Alvaro Bautista (SPA) Aruba.It Racing Ducati
2. Toprak Razgatlioglu (TUR) Pata Yamaha Prometeon WorldSBK, +2.098s
3. Jonathan Rea (GBR) Kawasaki Racing Team WorldSBK, +6.790s
4. Garrett Gerloff (USA) Bonovo Action BMW, +12.093s
5. Alex Lowes (GBR) Kawasaki Racing Team WorldSBK, +13.148s
6. Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha WorldSBK Team, +13.714s
7. Michael Van Der Mark (NED) ROKIT BMW Motorrad WorldSBK Team, +14.171s
8. Iker Lecuona (SPA) Team HRC WorldSBK, +15.442s
9. Andrea Locatelli (ITA) Pata Yamaha Prometeon WorldSBK, +17.792s
10. Xavi Vierge (SPA) Team HRC WorldSBK, +21.198s
11 Philipp Oettl (GER) GoEleven Ducati, +21.723s
12. Danilo Petrucci (ITA) Barni Spark Racing Team, +21.910s
13. Axel Bassani (ITA) Motocorsa Ducati, +23.381s
14. Dominique Aegerter (SWI) GYTR GRT Yamaha WorldSBK Team, +23.457s
15. Scott Redding (GBR) ROKIT BMW Motorrad WorldSBK Team, +29.872s
16. Lorenzo Baldassarri (ITA) GMT94 Yamaha, +34.162s
17. Bradley Ray (GBR) Motoxracing Yamaha WorldSBK Team, +36.702s
18. Loris Baz (FRA) Bonovo Action BMW, +40.829s
19. Tito Rabat (SPA) Puccetti Kawasaki, +46.446s
20. Hafizh Syahrin (MAL) PETRONAS MIE Racing HONDA Racing, +52.185s
21. Eric Granado (BRA) PETRONAS MIE Racing HONDA Racing, +53.598s
22. Gabriele Ruiu (ITA) Bmax Racing BWM, +53.916s
23. Oliver Konig (CZE) Orelac Racing Kawasaki, 1'10.052s
Isaac Vinales (SPA) TPR by Vinales Racing, DNF
Michael Ruben Rinaldi (ITA) Aruba.It Racing Ducati, DNF
