TIKET Madani F1 GP Bahrain 2026 Di Sepang Habis, KBS Pertimbang Kuota Tambahan
Perlumbaan berprestij Formula 1 (F1) GP Bahrain 2026 dijadual berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS (SIC) pada 2 hingga 4 Oktober depan berikutan ketegangan geopolitik di Asia Barat dengan tiket paling murah berharga RM 200
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
8/17/20261 min read


TIKET Madani bagi menyaksikan perlumbaan berprestij Formula 1 (F1) GP Bahrain 2026 di Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS (SIC) pada 2 hingga 4 Oktober depan yang berharga RM 200 dilapor sudah habis terjual.
Menteri Belia dan Sukan, Dr Taufiq Johari, berkata pihaknya dimaklumkan oleh pengurusan SIC tiket inisiatif mampu milik itu mendapat permintaan yang sangat luar biasa daripada rakyat Malaysia sebaik sahaja sistem jualan dibuka kepada umum.
Begitupun beliau tidak menolak kemungkinan untuk menambah kuota tiket berkenaan bagi memenuhi permintaan peminat sukan permotoran tempatan yang mahu mendapatkannya.
"Setakat hari ini, memang saya dimaklumkan tiket Madani sudah terjual secara keseluruhan.
"Tetapi kita akan melihat juga sekiranya ada ruang serta keperluan untuk tambahan (tiket Madani) dan sebagainya. Kita akan umumkan dari semasa ke semasa," kata memetik laporan media tempatan.
Seperti diketahui, GP Bahrain terpaksa dipindahkan ke Malaysia berikutan ketegangan geopolitik yang sedang memuncak di rantau Asia Barat ketika ini.
Begitupun, ia menyaksikan kembalinya deruman enjin jentera F1 ke Sepang.

