TINDAKAN Marc Marquez Bikin Bos Trackhouse Bengang

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

3/31/20251 min read

BOS Trackhouse Aprilia, Davide Brivio berang dengan cara permulaan Grand Prix Amerika Syarikat diuruskan yang menyaksikan kekecohan timbul di grid perlumbaan di Austin.

Berikutan keadaan hujan turun sebelum perlumbaan berlumba di COTA, kebanyakan pelumba memilih untuk menggunakan tayar basah dengan hanya tiga pelumba 'berani' menggunakan tayar kering.

Ia adalah pelumba Red Bull KTM, Brad Binder, KTM Tech3, Enea Bastianini dan pelumba 'rookie' Trackhouse, Ai Ogura.

Tetapi berikutan tindakan mengejutkan Marc Marquez sejurus sebelum perlumbaan dimulakan, pengelola perlumbaan membuat keputusan untuk menangguhkan perlumbaan atas sebab keselamatan.

Brivio jelas berang dengan tindakan itu dan menyuarakan rasa marahnya ketika di grid dan ia tampak tidak reda selepas perlumbaan berakhir.

"Sudah tentu kami tidak gembira dengan cara permulaan perlumbaan diuruskan kerana kami membuat pertaruhan dan membuat keputusan yang betul dengan Ai (Ogura)," kata Brivio.

"Kami menggunakan tayar yang betul tetapi disebabkan ada pelumba meninggalkan grid, permulaan perlumbaan ditangguhkan.

"Kami mengambil risiko, kami melakukan segala-galanya dengan betul tetapi tidak memperoleh kelebihan daripadanya."

Ogura mengakui keputusan memilik tayar kering sebagai peluang yang besar.

"Saya meminta maaf kepada pasukan kerana mereka membuat keputusan yang betul tetapi tidak berhasil. Ia mengecewakan tetapi itulah yang berlaku," kata pelumba Jepun itu.