'TOP Box' Rahmah Dari Givi Malaysia, RM 198!

8/18/20231 min read

GIVI Malaysia, baru-baru ini memperkenalkan 'Top Box' bersaiz besar yang dilabel 'Edisi Rahmah' oleh syarikat itu, Givi E450N2 dan dijual pada harga menarik RM 198.

Melihat kepada spesifikasi, Givi E450N2 menawarkan kapasiti 45L dan mampu menampung berat sehingga 5 kg.

Justeru, ia didakwa mampu memuatkan dua helmet bersaiz penuh (full-face).

Seperti kebanyakan 'Top box' Givi E450N2 dihasilkan daripada bahan jenis Technopolymer yang diyakiki tahan lasak untuk kegunaan harian.

Tidak diumumkan sama ada ia ditawarkan dalam unit terhad, tetapi Givi Malaysia menjelaskan jualan Givi E450N2 berlangsung sementara stok masih ada.

Dan kepada yang berminat, anda boleh mengunjungi wakil sah Givi atau Givi Point untuk mendapatkan 'Top box' ini.