TOPRAK Razgatlioglu Hampiri Gelaran Dunia Kedua

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

10/13/20243 min read

TOPRAK Razgatlioglu bangkit selepas meraih tempat kedua pada Perlumbaan Superpole dengan kembali ke podium sebagai juara dengan memenangi Perlumbaan 2 WorldSBK Pusingan 11 WSBK 2024 di Estoril, Portugal, hari ini.

Begitupun, kemenangan itu masih belum membenarkan pelumba kelahiran Turki itu untuk mengesahkan gelaran dunia kedua WorldSBK kariernya lebih awal dan terpaksa menunggu aksi pusingan terakhir di Jerez, Sepanyol minggu depan.

Ini kerana pencabar terdekatnya, Nicolo Bulega jelas mahu memberi laluan mudah kepada Razgatlioglu apabila pelumba Aruba.it Racing Ducati itu cemerlang menjuarai Perlumbaan Superpole.

Keputusan baik diteruskan pelumba kelahiran Itali itu yang kemudian meraih tempat kedua pada Perlumbaan 2.

Keputusan begitupun masih membenarkan Razgatlioglu yang beraksi bersama pasukan ROKiT BMW Motorrad untuk meningkatkan kelebihannya di puncak carta pendahulu kepada 46 mata di depan Bulega.

Lebih menarik, atau berkemungkinan kerana arahan pasukan, melengkapkan kedudukan podium pada kedua-dua perlumbaan adalah rakan sepasukan Bulega, Alvaro Bautista.

Selain itu, turut menarik adalah tiada seorang pun pelumba menamatkan Perlumbaan Superpole dengan status 'DNF' atau tidak menghabiskan perlumbaan.

Tetapi pada Perlumbaan 2, enam pelumba terpaksa mengakhiri perlumbaan lebih awal termasuk pemenang podium Perlumbaan 1 pada Sabtu, Iker Lecuona dari Honda.

Keputusan Perlumbaan Superpole WorldSBK Estoril, Portugal

  1. Nicolo Bulega (ITA) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4 R, 16'10.735s

  2. Toprak Razgatlioglu (TUR) ROKiT BMW Motorrad, BMW M 1000 RR, +0.003s

  3. Alvaro Bautista (ESP) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4 R, +4.253s

  4. Andrea Locatelli (ITA) Pata Prometeon Yamaha, Yamaha R1, +5.623s

  5. Danilo Petrucci (ITA) Barni Spark Racing, Ducati Panigale V4 R, +7.161s

  6. Alex Lowes (GBR) Kawasaki Racing Team, Kawasaki ZX-10RR, +7.192s

  7. Xavi Vierge (ESP) Team HRC, Honda CBR1000RR-R, +8.157s

  8. Iker Lecuona (ESP) Team HRC, Honda CBR1000RR-R, +9.672s

  9. Andrea Iannone (ITA) Team Go Eleven, Ducati Panigale V4 R, +11.822s

  10. Scott Redding (GBR) Bonovo Action BMW, BMW M 1000 RR, +12.345s

  11. Garrett Gerloff (USA) Bonovo Action BMW, BMW M 1000 RR, +12.613s

  12. Axel Bassani (ITA) Kawasaki Racing Team, Kawasaki ZX-10RR, +13.575s

  13. Michael van der Mark (NED) ROKiT BMW Motorrad, BMW M 1000 RR, +13.772s

  14. Michael Ruben Rinaldi (ITA) Motocorsa Racing, Ducati Panigale V4 R, +14.264s

  15. Sam Lowes (GBR) Marc VDS Racing Team, Ducati Panigale V4 R, +15.051s

  16. Dominique Aegerter (SUI) GYTR GRT Yamaha, Yamaha R1, +15.432s

  17. Tito Rabat (ESP) Puccetti Racing, Kawasaki ZX-10RR, +15.542s

  18. Bradley Ray (GBR) Motoxracing Yamaha, Yamaha R1, +18.018s

  19. Tarran Mackenzie (GBR) Petronas MIE Racing Team, Honda CBR1000RR-R, +21.003s

  20. Ivo Lopes (POR) Petronas MIE Racing Team, Honda CBR1000RR-R, +24.271s

  21. Philipp Oettl (GER) GMT94 Yamaha, Yamaha R1, +24.714s

  22. Jonathan Rea (GBR) Pata Prometeon Yamaha, Yamaha R1, +27.011s

  23. Luca Bernardi (SMR) Motoxracing Yamaha, Yamaha R1, +39.701s

Keputusan Perlumbaan 2 WorldSBK Estoril, Portugal

  1. Toprak Razgatlioglu (TUR) ROKiT BMW Motorrad, BMW M 1000 RR, 34'09.897s

  2. Nicolo Bulega (ITA) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4 R, +3.866s

  3. Alvaro Bautista (ESP) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4 R, +3.998s

  4. Jonathan Rea (GBR) Pata Prometeon Yamaha, Yamaha R1, +12.005s

  5. Michael van der Mark (NED) ROKiT BMW Motorrad, BMW M 1000 RR, +15.209s

  6. Xavi Vierge (ESP) Team HRC, Honda CBR1000RR-R, +15.792s

  7. Danilo Petrucci (ITA) Barni Spark Racing, Ducati Panigale V4 R, +16.914s

  8. Andrea Iannone (ITA) Team Go Eleven, Ducati Panigale V4 R, +17.371s

  9. Michael Ruben Rinaldi (ITA) Motocorsa Racing, Ducati Panigale V4 R, +19.129s

  10. Axel Bassani (ITA) Kawasaki Racing Team, Kawasaki ZX-10RR, +19.966s

  11. Scott Redding (GBR) Bonovo Action BMW, BMW M 1000 RR, +22.007s

  12. Alex Lowes (GBR) Kawasaki Racing Team, Kawasaki ZX-10RR, +22.067s

  13. Dominique Aegerter (SUI) GYTR GRT Yamaha, Yamaha R1, +31.487s

  14. Bradley Ray (GBR) Motoxracing Yamaha, Yamaha R1, +31.882s

  15. Ivo Lopes (POR) Petronas MIE Racing Team, Honda CBR1000RR-R, +41.552s

  16. Philipp Oettl (GER) GMT94 Yamaha, Yamaha R1, +42.305s

  17. Luca Bernardi (SMR) Motoxracing Yamaha, Yamaha R1, +1:06.825s

Andrea Locatelli (ITA) Pata Prometeon Yamaha, Yamaha R1, DNF

Iker Lecuona (ESP) Team HRC, Honda CBR1000RR-R, DNF

Garrett Gerloff (USA) Bonovo Action BMW, BMW M 1000 RR, DNF

Sam Lowes (GB) Marc VDS Racing Team, Ducati Panigale V4 R, DNF

Tito Rabat (ESP) Puccetti Racing, Kawasaki ZX-10RR, DNF

Tarran Mackenzie (GBR) Petronas MIE Racing Team, Honda CBR1000RR-R, +DNF