TOPRAK Razgatlioglu Hatrik Di Misano
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
6/15/20253 min read


PELUMBA Turki, Toprak Razgatlioglu mencatat kemenangan hatrik keduanya musim ini selepas mengungguli kedua-dua perlumbaan Superpole dan Perlumbaan 2 WorldSBK pada Pusingan 6 Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2025 di Misano, Itali, hari ini.
Kedua-dua kemenangan itu ditambah dengan kejayaan pada Perlumbaan 1, semalam menyaksikan pelumba ROKiT BMW Motorrad itu merapatkan jurang dengan pendahulu kejuaraan, Nicolo Bulega.
Pelumba pasukan Aruba.it Racing Ducati itu mengharungi perlumbaan sukar di laman sendiri apabila dikenakan penalti susulan kesalahan yang dilakukan ketika aksi Superpole (kelayakan).
Sekali lagi terpaksa memulakan perlumbaan di petak ke-4 pada Perlumbaan Superpole, malang menimpa pelumba Itali itu apabila berdepan kemalangan dengan Axel Bassani dari pasukan Bimota by Kawasaki Racing.
Dan kemalangan itu bukan sekadar menyaksikannya tidak mengutip sebarang mata pada Perlumbaan Superpole, tetapi membawanya ke petak ke-10 pada Perlumbaan 2.
Tetapi di sebalik segala kesulitan, Bulega tetap berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua di belakang Razgatlioglu manakala rakan sepasukannya, Alvaro Bautista melengkapkan kedudukan podium.
Pada Perlumbaan Superpole, mengikuti Razgatlioglu yang akan berhijrah ke MotoGP musim depan adalah pelumba pasukan Bimota by Kawasaki Racing, Alex Lowes dan Andrea Locatelli dari pasukan Pata Maxus Yamaha.
Sementara itu, pelumba negara, Md Zaqhwan Zaidi menamatkan Perlumbaan Superpole di tempat ke-18.
Dan pelumba pasukan PETRONAS MIE Honda Racing itu melepasi garisan penamat Perlumbaan 2 di kedudukan ke-17 sekali gus melanjutkan kemarau pungutan matanya pada musim ini.
Keputusan Perlumbaan Superpole Misano 2025
Toprak Razgatlioglu (TUR) ROKiT BMW Motorrad, BMW M1000 RR
Alex Lowes (GBR) Bimota by Kawasaki Racing, Bimota KB998, +4.281s
Andrea Locatelli (ITA) Pata Maxus Yamaha, Yamaha R1, +6.122s
Danilo Petrucci (ITA) Barni Spark Racing, Ducati Panigale V4 R, +7.542s
Alvaro Bautista (ESP) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4 R, +8.855s
Sam Lowes (GBR) Marc VDS Racing, Ducati Panigale V4 R, +9.703s
Jonathan Rea (GBR) Pata Maxus Yamaha, Yamaha R1, +10.755s
Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha, Yamaha R1, +11.861s
Iker Lecuona (ESP) Team HRC, Honda CBR1000RR-R, +13.177s
Xavi Vierge (ESP) Team HRC, Honda CBR1000RR-R, +13.323s
Garrett Gerloff (USA) Kawasaki WorldSBK, Kawasaki ZX-10RR, +14.215s
Michael van der Mark (NED) ROKiT BMW Motorrad, BMW M1000 RR, +16.278s
Scott Redding (GBR) MGM Bonovo, Ducati Panigale V4 R, +16.623s
Ryan Vickers (GBR) Motocorsa Racing, Ducati Panigale V4 R, +17.307s
Bahattin Sofuoglu (TUR) Motoxracing Yamaha, Yamaha R1, +25.423s
Michael Ruben Rinaldi (ITA) Motoxracing Yamaha, Yamaha R1, +25.513s
Andrea Iannone (ITA) Team Go Eleven, Ducati Panigale V4 R, +26.670s
Zaqhwan Zaidi (MAS) Petronas MIE Racing, Honda CBR1000RR-R, +39.640s
Axel Bassani (ITA) Bimota by Kawasaki Racing, Bimota KB998, DNF
Yari Montella (ITA) Barni Spark Racing, Ducati Panigale V4 R, DNF
Nicolo Bulega (ITA) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4 R, DNF
Tarran Mackenzie (GBR) Petronas MIE Racing, Honda CBR1000RR-R, DNF
Keputusan Perlumbaan 2 WorldSBK Misano 2025
Toprak Razgatlioglu (TUR) ROKiT BMW Motorrad, BMW M1000 RR
Nicolo Bulega (ITA) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4 R, +9.685s
Alvaro Bautista (ESP) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4 R, +14.438s
Andrea Locatelli (ITA) Pata Maxus Yamaha, Yamaha R1, +16.752s
Danilo Petrucci (ITA) Barni Spark Racing, Ducati Panigale V4 R, +19.273s
Iker Lecuona (ESP) Team HRC, Honda CBR1000RR-R, +19.402s
Sam Lowes (GBR) Marc VDS Racing, Ducati Panigale V4 R, +19.811s
Garrett Gerloff (USA) Kawasaki WorldSBK, Kawasaki ZX-10RR, +33.370s
Xavi Vierge (ESP) Team HRC, Honda CBR1000RR-R,+34.554s
Michael van der Mark (NED) ROKiT BMW Motorrad, BMW M1000 RR, +35.255s
Ryan Vickers (GBR) Motocorsa Racing, Ducati Panigale V4 R, +36.085s
Axel Bassani (ITA) Bimota by Kawasaki Racing, Bimota KB998, +42.487s
Bahattin Sofuoglu (TUR) Motoxracing Yamaha, Yamaha R1, +47.281s
Alex Lowes (GBR) Bimota by Kawasaki Racing, Bimota KB998, +55.802s
Michael Ruben Rinaldi (ITA) Motoxracing Yamaha, Yamaha R1, +1:00.743s
Scott Redding (GBR) MGM Bonovo, Ducati Panigale V4 R, +1:06.225s
Zaqhwan Zaidi (MAS) Petronas MIE Racing, Honda CBR1000RR-R, +1:27.539s
Jonathan Rea (GBR) Pata Maxus Yamaha, Yamaha R1, DNF
Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha, Yamaha R1, DNF
Andrea Iannone (ITA) Team Go Eleven, Ducati Panigale V4 R, DNF
Yari Montella (ITA) Barni Spark Racing, Ducati Panigale V4 R, DNF
