SELEPAS merekodkan 13 kemenangan berturut-turut di Portugal, Toprak Razgatlioglu berpeluang melebarkan rekodnya di WorldSBK apabila kejuaraan bersambung, hujung minggu ini di Perancis.
Tampak seperti masih belum puas, pelumba pasukan ROKiT BMW Motorrad WorldSBK itu berteruskan menunjukkan yang dia kini semakin selesa dengan jenteranya.
Dengan kejayaan di Portimao yang meletakkannya sebagai pendahulu carta dengan kelebihan besar 92 mata, ia membuatkan bekas pelumba Yamaha itu mahu rekod itu diteruskan.
"Tahun lalu saya perlu bekerja sekeras yang mungkin pada setiap minggu perlumbaan, tetapi pada tahun ini segala-galanya berada dalam kawalan," kata Toprak memetik laporan Speedweek.
"Kini menunggang dalam keadaan yang selesa, saya hanya perlu memulas terotel," kata Razgatlioglu.
"Ia membuatkan saya lebih tenang dan saya boleh memberi tumpuan terhadap penggunaan tayar.
"Ia membosankan tetapi pada masa saya saya menikmatinya kerana saya kembali menang. Ia perasaan yang menakjubkan. Kini saya faham mengenai kejayaan Ducati pada 2019.
"Saya menang, menang, dan menang. Saya mencipta rekod 13 kemenangan berturut-turut. Siapa tahu? Mungkin saya boleh menjadikannya kepada 15.
"Harapnya ia akan terus seperti ini bagi keseluruhan musim. Kami memerlukan kejuaraan dunia ini."
Selesai tujuh pusingan yang menawarkan 21 perlumbaan, Razgatlioglu memenangi 15 daripadanya dengan pelumba Aruba.it Racing - Ducati, Nicolo Bulega menghuni tangga kedua dan penyandang juara, ALvaro Bautista ketiga.