TOPRAK Razgatlioglu Lanjut Deretan Kemenangan Di Most
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
7/20/20242 min read


TOPRAK Razgatlioglu seperti tidak mampu dihalang apabila merangkul kemenangan kelapan berturut-turutnya musim ini selepas menjuarai Perlumbaan 1 WorldSBK Pusingan 6 WSBK 2024 di Most, Republik Czech.
Kemenangan itu menyaksikan pelumba pasukan ROKIT BMW Motorrad WorldSBK itu mengukuhkan kedudukannya sebagai pendahulu carta kejuaraan dengan kelebihan 56 mata.
Memulakan perlumbaan di petak utama, pelumba bintang Turki itu langsung tidak 'memberi muka' kepada pelumba lain untuk mendahului perlumbaan sejak awal hingga akhir.
Menariknya di Most, Razgatlioglu diapit dua bekas pelumba MotoGP yang kini beraksi bersama pasukan satelit Ducati.
Persaingan sengit untuk mendapatkan tempat kedua adalah Danilo Petrucci yang beraksi bersama pasukan Barni Spark Racing Team dan melengkapkan podium adalah Andrea Iannone (GoEleven Ducati).
Sementara itu, penyandang juara Alvaro Bautista (Aruba.It Racing Ducati) bangkit daripada segala masalah yang dihadapinya termasuk penalti untuk menamatkan aksi di tempat keempat.
Pelumba 'Rookie' WorldSBK yang ketika ini menduduki tangga kedua carta kejauraan, Nicolo Bulega di tempat keenam.
Sementara itu, dua pelumba gantian pasukan Petronas MIE Racing Honda, Leandro Mercado dan Hayden Gllim menamatkan perlumbaan di kedudukan dua tercorot.
Keputusan Perlumbaan 1 WorldSBK Rep.Czech
Toprak Razgatlioglu (TUR) ROKIT BMW Motorrad WorldSBK, 33'53.537s
Danilo Petrucci (ITA) Barni Spark Racing Team, +5.740s
Andrea Iannone (ITA) GoEleven Ducati, +5.881s
Alvaro Bautista (SPA) Aruba.It Racing Ducati, +9.217s
Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha WorldSBK Team, +11.622s
Nicolo Bulega (ITA) Aruba.It Racing Ducati, +13.841s
Andrea Locatelli (ITA) Pata Yamaha Prometeon WorldSBK, +14.186s
Garrett Gerloff (USA) Bonovo Action BMW, +14.596s
Michael Van Der Mark (NED) ROKIT BMW Motorrad WorldSBK Team, +19.520s
Jonathan Rea (GBR) Pata Yamaha Prometeon WorldSBK, +23.579s
Michael Ruben Rinaldi (SPA) Motocorsa Ducati, +25.370s
Sam Lowes (GBR) Marc VDS Ducati, +25.993s
Dominique Aegerter (SWI) GYTR GRT Yamaha WorldSBK Team, +28.213s
Xavi Vierge (SPA) Team HRC WorldSBK, +29.628s
Scott Redding (GBR) Bonovo Action BMW, +32.972s
Axel Bassani (ITA) Kawasaki Racing Team WorldSBK, +35.666s
Tito Rabat (SPA) Puccetti Kawasaki, +36.979s
Philipp Oettl (GER) GMT94 Yamaha, +39.711s
Bradley Ray (GBR) Motoxracing Yamaha WorldSBK Team, +39.850s
Leandro Mercado (ARG) Petronas Mie Honda, +56.310s
Hayden Gillim (USA) Petronas Mie Honda, +1'02.692s
Alex Lowes (GBR) Kawasaki Racing Team WorldSBK, DNF
Iker Lecuona (SPA) Team HRC WorldSBK, DNF
