TOPRAK Razgatlioglu Lengkap Gelaran 'Treble' Di Donington Park
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
7/14/20243 min read
SENSASI Turki, Toprak Razgatlioglu melengkapkan gelaran 'treble' secara berturut-turut selepas menjuarai Perlumbaan 2 WorldSBK Pusingan 5 WSBK 2024 di litar kegemarannya, Donington Park, UK, hari ini.
Selepas memenangi Perlumbaan 1 pada Sabtu, pelumba pasukan ROKiT BMW Motorrad itu jelas enggan menoleh ke belakang untuk memenangi Perlumbaan Superpole yang berlangsung lebih awal.
Dan minggu gemilang Razgatlioglu sekali lagi dilengkapkan dengan kemenangan bergaya dengan juara dunia WorldSBK 2021 itu tampak seperti tidak mampu dicabar.
Kemenangan di Donington Park menyaksikan Razgatlioglu meneruskan deretan kemenangannnya kepada tujuh, mengikuti kejayaan 'treble' atau hatrik yang turut dilakukan di Pusingan 4 di Misano, Itali.
Mengikuti Razgatlioglu di podium pada Perlumbaan 2 adalah pelumba pasukan Aruba.it - Ducati, Nicolo Bulega.
Tidak seperti Perlumbaan 1, jurang antara Razgatlioglu dengan pelumba Itali itu hanya kurang daripada 8 saat dengan pelumba tuan rumah, Alex Lowes dari Kawasaki Racing Team melengkapkan kedudukan podium.
Ia adalah kejayaan podium kedua Lowes di Donington Park minggu ini selepas turut meraih tempat kedua pada Perlumbaan 1.
Dalam Perlumbaan Superpole yang berlangsung sedikit awal, selain Bulega yang turut meraih posisi sebagai naib juara, turut berkongsi podium dengan Razgatlioglu adalah juara dunia enam kali WorldSBK, Jonathan Rea dari pasukan Pata Prometeon Yamaha.
Lebih mengujakan, ia adalah podium sulung pelumba kelahiran UK itu bersama Yamaha.
Sementara itu, harapan untuk melihat pelumba negara, Adam Norrodin untuk sekurang-kurangnya menamatkan kemarau pungutan mata tidak menjadi kenyataan.
Pada Perlumbaan Superpole, pelumba pasukan Petronas MIE Racing Honda itu menamatkan saingan di tangga ke-21 sebelum menamatkan Perlumbaan 2 dengan status 'DNF' (Tidak tamatkan perlumbaan).
Kejayaan 'treble' menyaksikan Razgatlioglu mengukuhkan kedudukannya sebagai pendahulu dalam carta kejuaraan selepas mengumpul 241 mata diikuti Bulega, 200 mata dan Alvaro Bautista ketika, 186 mata.
Perlumbaan Pusingan 6 WSBK 2024 dijadual bersambung minggu depan di Republik Czech.
Keputusan Perlumbaan 2 WorldSBK Pusingan 5 Donington Park, UK
Toprak Razgatlioglu (TUR) ROKiT BMW Motorrad, 33'11.699s
Nicolo Bulega (ITA) Aruba.it - Ducati, +8.0s
Alex Lowes (GBR) Kawasaki Racing Team, +10.0s
Scott Redding (GBR) Bonovo Action BMW, +12.2s
Alvaro Bautista (ESP) Aruba.it - Ducati, +13.4s
Danilo Petrucci (ITA) Barni Spark Racing Team, +15.5s
Andrea Locatelli (ITA) Pata Prometeon Yamaha, +16.3s
Jonathan Rea (GBR) Pata Prometeon Yamaha, +16.7s
Dominique Aegerter (SUI) GYTR GRT Yamaha Team, +18.9s
Axel Bassani (ITA) Kawasaki Racing Team, +23.3s
Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha Team, +25.9s
Michael van der Mark (NED) ROKiT BMW Motorrad, +26.1s
Garrett Gerloff (USA) Bonovo Action BMW, +27.5s
Iker Lecuona (ESP) Team HRC, +1.764s
Andrea Iannone (ITA) GoEleven, +29.6s
Xavi Vierge (ESP) Team HRC, +1.764s
Andrea Iannone (ITA) GoEleven, +30.0s
Sam Lowes (GBR) ELF Marc VDS Racing Team, +30.1s
Michael Rinaldi (ITA) Team Motocorsa Ducati, +30.6s
Bradley Ray (GBR) Yamaha Motoxracing, +31.4s
Tito Rabat (ESP) Kawasaki Puccetti, +40.3s
Philipp Oettl (GER) GMT94 Yamaha, +48.9s
Andrea Iannone (ITA) GoEleven Ducati, DNF
Adam Norrodin (MAS) PETRONAS MIE Racing Honda, DNF
Keputusan Perlumbaan Superpole WorldSBK Pusingan 5 Donington Park, UK
Toprak Razgatlioglu (TUR) ROKiT BMW Motorrad, 14'23.681s
Nicolo Bulega (ITA) Aruba.it - Ducati, +4.8s
Jonathan Rea (GBR) Pata Prometeon Yamaha, +6.5s
Scott Redding (GBR) Bonovo Action BMW, +8.3s
Alex Lowes (GBR) Kawasaki Racing Team, +8.5s
Alvaro Bautista (ESP) Aruba.it - Ducati, +9.1s
Andrea Locatelli (ITA) Pata Prometeon Yamaha, +10.0s
Sam Lowes (GBR) ELF Marc VDS Racing Team, +11.7s
Danilo Petrucci (ITA) Barni Spark Racing Team, +12.2s
Andrea Iannone (ITA) GoEleven Ducati, +12.8s
Dominique Aegerter (SUI) GYTR GRT Yamaha Team, +12.9s
Michael van der Mark (NED) ROKiT BMW Motorrad, +13.1s
Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha Team, +13.7s
Garrett Gerloff (USA) Bonovo Action BMW, +14.0s
Xavi Vierge (ESP) Team HRC, +15.0s
Michael Rinaldi (ITA) Team Motocorsa Ducati, +15.6s
Iker Lecuona (ESP) Team HRC, +18.0s
Tito Rabat (ESP) Kawasaki Puccetti, +18.4s
Bradley Ray (GBR) Yamaha Motoxracing, +18.9s
Philipp Oettl (GER) GMT94 Yamaha, +20.9s
Adam Norrodin (MAS) PETRONAS MIE Racing Honda, +34.7s
Axel Bassani (ITA) Kawasaki Racing Team, DNF