TOPRAK Razgatlioglu Menang Perlumbaan 1 WorldSBK Hungary!

Toprak Razgatlioglu mencetak nama sebagai pemenang WorldSBK pertama di Balaton Park, Hungary selepas menakluk Perlumbaan 1 WorldSBK Pusingan 8 Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2025

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

7/26/20252 min read

PELUMBA bintang Turki, Toprak Razgatlioglu tampil dengan persembahan meyakinkan untuk menjuarai Perlumbaan 1 WorldSBK Pusingan 8 Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2025 di Balaton Park, Hungary yang turut dibayangi insiden seawal pusingan pertama.

Kemalangan yang membabitkan ramai pelumba itu menyaksikan bendera merah dikibarkan dan terpaksa dimulakan semula.

Insiden pada pusingan pertama itu turut menyaksikan pelumba pasukan Go Eleven Ducati, Andrea Iannone dikenakan penalti dua kali 'long lap' susulan tindakannya selepas kejadian berkenaan.

Bermula di petak utama, Razgatlioglu sekali lagi memperoleh permulaan yang baik ketika perlumbaan dimulakan semula dan tidak lagi mampu dipintas sesiapapun sehingga garisan penamat.

Pelumba Artuba.it Racing Ducati, Nicolo Bulega menamatkan perlumbaan sebagai naib juara, ketinggalan lebih 3 saat di belakang Razgatlioglu.

Rakan sepasukannya, Alvaro Bautista melengkapkan kedudukan podium.

Pelumba pasukan Pata Maxus Yamaha, Andrea Locatelli di tempat ke-4 diikuti pelumba Barni Spark Racing, Danilo Petrucci, Alex Lowes (Bimota by Kawasaki Racing Team), Yari Montella (Barni Spark Racing) dan Xavi Vierge dari Team HRC muncul pelumba terbaik Honda di tempat ke-8.

Sementara itu, pelumba negara, Zaqhwan Zaidi menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-18 selepas memulakan saingan di petak ke-23.

Rakan sepasukannya di PETRONAS MIE Racing Honda, Tito Rabat di tempat ke-17.

Keputusan Perlumbaan 1 WorldSBK

  1. Toprak Razgatlioglu (TUR) ROKiT BMW Motorrad, BMW M1000 RR, +33m 24.077s

  2. Nicolo Bulega (ITA) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4 R, +3.738

  3. Alvaro Bautista (ESP) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4 R, +6.002

  4. Andrea Locatelli (ITA) Pata Maxus Yamaha, Yamaha R1, +13.993

  5. Danilo Petrucci (ITA) Barni Spark Racing, Ducati Panigale V4 R, +16.174

  6. Alex Lowes (GBR) Bimota by Kawasaki Racing Team Bimota KB998, 16.590

  7. Yari Montella (ITA) Barni Spark Racing, Ducati Panigale V4 R, +24.048

  8. Xavi Vierge (ESP) Team HRC, Honda CBR1000RR-R, +26.675

  9. Garrett Gerloff (USA) Kawasaki WorldSBK Team, Kawasaki ZX-10RR, +29.620

  10. Axel Bassani (ITA) Bimota by Kawasaki Racing Team, Bimota KB998, +30.105

  11. Michael van der Mark (NED) ROKiT BMW Motorrad, BMW M1000 RR, +33.236

  12. Dominique Aegerter (SUI) GYTR GRT Yamaha, Yamaha R1, +33.767

  13. Andrea Iannone (ITA) Team Go Eleven, Ducati Panigale V4 R, +36.971

  14. Tarran Mackenzie (GBR) MGM Bonovo, Ducati Panigale V4 R, +37.944

  15. Bahattin Sofuoglu (TUR) Motoxracing Yamaha, Yamaha R1, +38.243

  16. Michael Ruben Rinaldi (ITA) Motoxracing Yamaha, Yamaha R1, +45.308

  17. Tito Rabat (ESP) Petronas MIE Racing Team, Honda CBR1000RR-R, +46.406

  18. Zaqhwan Zaidi (MAS) Petronas MIE Racing Team, Honda CBR1000RR-R, +1:04.480

Sam Lowes (GBR) Marc VDS Racing Team, Ducati Panigale V4 R, DNF

Iker Lecuona (ESP) Team HRC, Honda CBR1000RR-R, DNF

Jonathan Rea (GBR) Pata Maxus Yamaha, Yamaha R1, DNF

Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha, Yamaha R1, DNF

Ryan Vickers (GBR) Motocorsa Racing, Ducati Panigale V4 R, DNF