TOPRAK Razgatlioglu Mengganas Di Estoril, Honda Naik Podium
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
10/12/20242 min read
SENSASI Turki, Toprak Razgatlioglu menampilkan penguasaan penuh ketika merangkul kemenangan ke-16 WorldSBK musim ini selepas memenangi Perlumbaan 1 di Estoril, Portugal, hari ini.
Mengakui 'rindu' dengan kemenangan selepas tiga kedudukan kedua di Aragon, pelumba pasukan ROKiT BMW Motorrad WorldSBK begitupun tidak memperoleh permulaan yang bagus di garisan permulaan sekalipun bermula di petak utama.
Jatuh ke ke kedudukan keempat pada satu ketika, begitupun Razgatlioglu berjaya memintas satu persatu pelumba di depannya termasuk pelumba Yamaha, Andrea Locatelli sebelum kembali memimpin perlumbaan selepas lima pusingan.
Dan juara dunia WorldSBK 2021 itu tidak lagi menoleh ke belakang untuk memimpin perlumbaan sehingga garisan penamat dengan kelebihan besar lebih 9 saat.
Penyandang juara dunia dari Aruba.it Racing Ducati, Alvaro Bautista cuba untuk memberi saingan kepada Razgatlioglu namun terjatuh.
Sekalipun bangkit dan meneruskan perlumbaan, pelumba Sepanyol itu melepasi garisan penamat di kedudukan ke-19.
Begitupun, rakan sepasukannya Nicolo Bulega berjaya meneruskan tekanan kepada Razgatlioglu dengan menamatkan perlumbaan di tempat kedua.
Lebih menarik, pelumba Honda Racing Corporation (HRC), Iker Lecuona mencipta kejutan dengan meraih tempat ketiga yang juga podium pertama buat Honda di WorldSBK musim ini.
Pelumba Kawasaki Racing Team, Alex Lowes yang cuba melepasi Lecuona sehingga garisan penamat terpaksa berpuas hati di tempat ke-4 diikuti Jonathan Rea, Garrett Gerloff, Michael van der Mark, Xavi Vierge, Andrea Iannone dan Tito Rabat melengkapkan kedudukan 10 terbaik.
Keputusan Perlumbaan 1 WorldSBK 2024 Estoril, Portugal
Toprak Razgatlioglu (TUR) ROKiT BMW Motorrad, BMW M 1000 RR, 34'15.509 saat (s)
Nicolo Bulega (ITA) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4 R, +9.221s
Iker Lecuona (ESP) Team HRC, Honda CBR1000RR-R, +11.020s
Alex Lowes (GBR) Kawasaki Racing Team, Kawasaki ZX-10RR, +11.973s
Jonathan Rea (GBR) Pata Prometeon Yamaha, Yamaha R1, +14.018s
Garrett Gerloff (USA) Bonovo Action BMW, BMW M 1000 RR, +17.727s
Michael van der Mark (NED) ROKiT BMW Motorrad, BMW M 1000 RR, +19.250s
Xavi Vierge (ESP) Team HRC, Honda CBR1000RR-R, +23.589s
Andrea Iannone (ITA) Team Go Eleven, Ducati Panigale V4 R, +24.239s
Tito Rabat (ESP) Puccetti Racing, Kawasaki ZX-10RR, +30.893s
Michael Ruben Rinaldi (ITA) Motocorsa Racing, Ducati Panigale V4 R, +30.943s
Scott Redding (GBR) Bonovo Action BMW, BMW M 1000 RR, +31.476s
Sam Lowes (GBR) Marc VDS Racing Team, Ducati Panigale V4 R, +31.702s
Dominique Aegerter (SUI) GYTR GRT Yamaha, Yamaha R1, 34.886s
Ivo Lopes (POR) Petronas MIE Racing Team, Honda CBR1000RR-R, +47.016s
Bradley Ray (GBR) Motoxracing Yamaha, Yamaha R1, +48.226s
Philipp Oettl (GER) GMT94 Yamaha, Yamaha R1, +51.000s
Tarran Mackenzie (GBR) Petronas MIE Racing Team, Honda CBR1000RR-R, +55.393s
Alvaro Bautista (ESP) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4 R, 2L
Luca Bernardi (SMR) Motoxracing Yamaha Yamaha R1, 3L