TOPRAK Razgatlioglu Nafikan Hatrik Nicolo Bulega Di Jerez
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
10/20/20242 min read


JUARA dunia WorldSBK 2024 yang baru dinobat, Toprak Razgatlioglu tidak membenarkan Nicolo Bulega untuk merakam hatrik pada pusingan penutup tirai WSBK 2024 dengan menjuarai Perlumbaan 2 di Jerez, Sepanyol.
Memulakan perlumbaan di petak kedua di belakang Bulega (Aruba.it Racing Ducati), Razgatlioglu dari pasukan ROKiT BMW Motorrad tampak tidak mahu terlalu terburu-buru dan hanya memintas pelumba Itali itu pada awal pusingan ketiga.
Begitupun, pelumba kelahiran Turki itu tidak berjaya 'melarikan' diri daripada Bulega yang terus menghambatnya sebelum bendera merah dikibarkan pada pusingan ke-17.
Keputusan itu kemudian memberikan kemenangan kepada Razgatlioglu dengan Bulega terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua.
Lebih menggembirakan buat pasukan ROKiT BMW Motorrad, seorang lagi pelumbanya Michael van der Mark melengkapkan kedudukan podium.
Kemenangan turut memberikan Razgatlioglu kemenangan pertamanya sejak bergelar juara dunia.
Pelumba Team Go Eleven Ducati, Andrea Iannone pada satu ketika cuba untuk mencabar kedudukan podium namun selepas 'serangan' awalnya tidak berjaya, kibaran bendera Merah mengecewakannya untuk melepasi garisan penamat di tempat ke-4.
Pelumba Kawasaki Racing Team, Alex Lowes menamatkan saingan di kedudukan ke-5 diikuti pelumba terbaik pasukan persendirian WorldSBK 2024, Danilo Petrucci ke-6.
Garrett Gerloff (Bonovo Action BMW), Andrea Locatelli, Jonathan Rea kedua-duanya dari Pata Prometeon Yamaha dan Axel Bassani (Kawasaki Racing Team) melengkapkan kedudukan 10 terbaik.
Sementara itu, juara dunia WorldSBK 2023, Alvaro Bautista terus berdepan malang apabila berdepan masalah jentera di awal perlumbaan sebelum mengalami kemalangan.
Keputusan Perlumbaan 2 WorldSBK 2024 Jerez, Sepanyol
Toprak Razgatlioglu (TUR) ROKiT BMW Motorrad, BMW M 1000 RR, 27'36.726s
Nicolo Bulega (ITA) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4 R, +0.545s
Michael van der Mark (NED) ROKiT BMW Motorrad, BMW M 1000 RR, +10.938s
Andrea Iannone (ITA) Team Go Eleven, Ducati Panigale V4 R, +12.399s
Alex Lowes (GBR) Kawasaki Racing Team, Kawasaki ZX-10RR, +13.522s
Danilo Petrucci (ITA) Barni Spark Racing, Ducati Panigale V4 R, +13.948s
Garrett Gerloff (USA) Bonovo Action BMW, BMW M 1000 RR, +14.302s
Andrea Locatelli (ITA) Pata Prometeon Yamaha, Yamaha R1, +16.116s
Jonathan Rea (GBR) Pata Prometeon Yamaha, Yamaha R1, +17.771s
Axel Bassani (ITA) Kawasaki Racing Team, Kawasaki ZX-10RR, +20.784s
Michael Ruben Rinaldi (ITA) Motocorsa Racing, Ducati Panigale V4 R, +21.837s
Scott Redding (GBR) Bonovo Action BMW, BMW M 1000 RR, +23.182s
Xavi Vierge (ESP) Team HRC, Honda CBR1000RR-R, +24.939s
Sam Lowes (GBR) Marc VDS Racing Team, Ducati Panigale V4 R, +25.071s
Bradley Ray (GBR) Motoxracing Yamaha, Yamaha R1, +29.271s
Tetsuta Nagashima (JAP) Team HRC, Honda CBR1000RR-R, +32.556s
Alessandro Delbianco (ITA) GYTR GRT Yamaha, Yamaha R1, +34.427s
Ivo Lopes (POR) Petronas MIE Racing Team, Honda CBR1000RR-R, +44.018s
Luca Bernardi (SMR) Motoxracing Yamaha, Yamaha R1, +47.131s
Tito Rabat (ESP) Puccetti Racing, Kawasaki ZX-10RR, DNF
Alvaro Bautista (ESP) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4 R, DNF
Dominique Aegerter (SUI) GYTR GRT Yamaha, Yamaha R1, DNF
Tommy Bridewell (GBR) Honda Racing UK, Honda CBR1000RR-R, DNF
Tarran Mackenzie (GBR) Petronas MIE Racing Team, Honda CBR1000RR-R, DNF
Philipp Oettl (GER) GMT94 Yamaha, Yamaha R1, DNF
