TOPRAK Razgatlioglu Tak Kisah Dikritik
Toprak Razgatlioglu sebelum ini turut dilaporkan diberikan pelepasan oleh majikannya di WorldSBK pada tahun ini, BMW Motorrad untuk menguji jentera MotoGP lebih awal
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
8/11/20251 min read


PELUMBA bintang WorldSBK, Toprak Razgatlioglu sedar yang dia bakal menerima pelbagai kritikan apabila tiba di grid MotoGP pada musim depan.
Penyandang juara dunia WorldSBK itu mengubah kejuaraan daripada WorldSBK ke MotoGP pada musim 2026 selepas membuat keputusan menyertai Pramac Yamaha.
Tiba sebagai antara pelumba terbaik di WorldSBK, pelumba kelahiran Turki itu terpaksa dijangka berdepan pelbagai cabaran termasuk penggunaan tayar, jentera yang berbeza, pencabar dan suasana yang berbeza.
Tetapi sebagai juara dunia dua kali di WorldSBK, dia sedar situasinya akan berubah apabila dia menyertai saingan elit perlumbaan motosikal dunia itu.
"Di WorldSBK saya boleh pergi ke 'box' pasukan lain atau kawasan hospitaliti pasukan lain tanpa sebarang masalah," kata Razgatlioglu kepada GPOne.
"Saya tidak tahu di paddock lain ada berbezaan dari sudut dinamik tetapi saya bersedia untuk mengharunginya dan menghadapi sebarang senario yang datang di sepan saya.
"Di WorldSBK jika ada berlalu sesuatu saya akan mencari jalan untuk bersaing merebut podium. Di MotoGP saya tidak melihatnya kerana saya mungkin akan bersaing bagi kedudukan ke-13, atau mungkin tempat ke-8 atau ke-5.
"Saya sedar dengan segala yang menanti saya, dan apa yang pasti ia tidak akan mudah dan pasti ramai orang yang akan merendahkan saya kerana saya tidak lagi mendapat keputusan seperti yang saya dapat sebarang.
"Tetapi itulah cabaran terbesar saya dan mengapa saya memilih untuk menanam impian ke MotoGP."
Razgatlioglu turut dilaporkan diberikan pelepasan oleh majikannya pada tahun ini, BMW Motorrad untuk menguji jentera MotoGP lebih awal.
