SENSASI Turki, Toprak Razgatlioglu tampak cukup fokus dalam usaha memburu kemenangan di Estoril, Portugal selepas mengungguli kedua-dua sesi ujian yang berlangsung dalam keadaan kering dan basah.
Pelumba pasukan ROKiT BMW Motorrad WorldSBK itu berpeluang untuk mengesahkan kejuaraan dunia kedua WorldSBK minggu ini namun menegaskan itu bukan keutamaannya sekalipun tampak cukup dominan.
"Kami memulakan sesi dengan amat kuat terutama dalam keadaan basah kerana selepas sudah agak lama saya tidak menunggang jentera BMW dalam keadaan basah," katanya kepada WorldSBK.com.
"Begitupun saya hanya sempat melakukan tiga atau empat pusingan dan kemudian kembali ke pit kerana pasukan agak takut, kerana kami bersaing untuk kejuaraan dunia.
"Persaannya bagus, kerana ia menunjukkan yang kami bersedia untuk berlumba dalam keadaan basah.
"Pada sesi latihan dua, bagi saya ia juga bagus kerana ini adalah kali pertama saya menunggang di Estoril dalam keadaan kering bersama BMW dan kami memulakannya dengan amat baik juga."
"Persaannya bagus, tetapi saya memerlukan beberapa lagi pusingan untuk mengadaptasinya. Secara keseluruhan, jentera saya berfungsi dengan baik, tetapi untuk beberapa selekoh saya perlu mengadaptasinya dengan lebih sedikit kerana sebelum ini saya menunggang di sini menggunakan jentera Yamaha.
"Yamaha mempunyai karakter yang sedikit berbeza (berbanding BMW), saya hanya cuba untuk berada di tengah-tengahnya."
Razgatlioglu tiba di Estoril dengen kelebihan 39 mata jika kelebihan itu berjaya digandakan, ini bermakna kejuaraan dunia sudah berada di tangannya tanpa menunggu pusingan terakhir.
"Saya tidak merasa sebarang tekanan, saya hanya menikmati tunggangan, terutama pada pagi dan tengah hari," katanya.
"Ia minggu perlumbaan yang amat penting bagi saya kerana saya memerlukan mata yang baik di sini, tetapi saya hanya fokus untuk memenangi perlumbaan, tetali jika saya melihat ada risiko mungkin saya berkata kedudukan kedua adalah bagus tetapi saya fokus untuk memenangi perlumbaan di sini kerana saya menggemarinya."