TOPRAK Razgatlioglu Takluk Perlumbaan 1 WorldSBK Aragon

Pelumba ROKiT BMW Motorrad, Toprak Razgatlioglu tidak meraihnya dengan mudah dan terpaksa berhempas pulas sebelum menewaskan Nicolo Bulega dengan kedua-duanya hanya dibezakan 0.030 saat garisan penamat

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

9/27/20252 min read

PELUMBA bintang Turki, Toprak Razgatlioglu terus membuktikan kejaguhannya apabila meraih kemenangan sulung di Litar Aragon, Sepanyol dengan menjuarai Perlumbaan 1 WorldSBK Pusingan ke-10 Kejuaraan Dunia Superbike (WorldSBK) 2025, hari ini.

Lebih menarik, kemenangan itu diperoleh cukup selepas pelumba ROKiT BMW Motorrad itu terpaksa berhempas pulas sebelum menewaskan Nicolo Bulega dengan kedua-duanya hanya dibezakan 0.030 saat garisan penamat.

Pertarungan sengit antara Razgatlioglu dan Bulega dari Aruba.it Racing Ducati itu berlangsung sejak awal perlumbaan kedua-duanya saling memintas dalam usaha mencari kedudukan pendahulu.

Bulega dilihat lebih laju di sektor terakhir, khususnya dua selekoh terakhir menyebabkan Razgatlioglu tidak mampu untuk benar-benar selesa walaupun mendahului hampir setengah saat.

Dan pertarungan mereka turut membuka peluang kepada pelumba lain untuk kekal rapat di kelompok hadapan.

Begitupun, Sam Lowes mengekalkan kedudukan ketiga sepanjang perlumbaan, namun gagal mencabar Bulega untuk tempat kedua.

Danilo Petrucci berusaha mengejar Lowes tetapi akhirnya terpaksa bertahan daripada tekanan Alvaro Bautista, sebelum pelumba Sepanyol itu terbabas di selekoh ke-15 pada pusingan ke-13.

Insiden itu membuka laluan kepada Alex Lowes untuk naik ke tempat kelima, diikuti Andrea Iannone yang memintas Andrea Locatelli di penghujung perlumbaan.

Axel Bassani pula bangkit dari petak belakang akibat penalti kerana mengabaikan bendera kuning dalam sesi latihan bebas kedua (FP2), dan menamatkan perlumbaan di tempat kelapan.

Pelumba negara, Zaqhwan Zaidi yang mewakili Petronas MIE Racing Team, menamatkan perlumbaan di tempat ke-20. Tiga pelumba tidak menamatkan perlumbaan termasuk Bautista, Remy Gardner dan Tarran Mackenzie.

Keputusan Perlumbaan 1 WorldSBK Aragon 2025

  1. Toprak Razgatlioglu (TUR) ROKiT BMW Motorrad, BMW M1000 RR, 32'51.237s

  2. Nicolo Bulega (ITA) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4 R, +0.030s

  3. Sam Lowes (GBR) Marc VDS Racing Team, Ducati Panigale V4 R, +0.977s

  4. Danilo Petrucci (ITA) Barni Spark Racing, Ducati Panigale V4 R, +4.114s

  5. Alex Lowes (GBR) Bimota by Kawasaki Racing Team, Bimota KB998, +6.485s

  6. Andrea Iannone (ITA) Team Go Eleven, Ducati Panigale V4 R, +7.427s

  7. Andrea Locatelli (ITA) Pata Maxus Yamaha, Yamaha R1, +9.734s

  8. Axel Bassani (ITA) Bimota by Kawasaki Racing Team, Bimota KB998, +14.342s

  9. Xavi Vierge (ESP) Team HRC, Honda CBR1000RR-R, +14.866s

  10. Michael van der Mark (NED) ROKiT BMW Motorrad, BMW M1000 RR, +15.282s

  11. Dominique Aegerter (SUI) GYTR GRT Yamaha, Yamaha R1, +17.276s

  12. Yari Montella (ITA) Barni Spark Racing, Ducati Panigale V4 R, +18.188s

  13. Jonathan Rea (GBR) Pata Maxus Yamaha, Yamaha R1, +23.224s

  14. Ryan Vickers (GBR) Motocorsa Racing, Ducati Panigale V4 R, +23.657s

  15. Garrett Gerloff (USA) Kawasaki WorldSBK Team, Kawasaki ZX-10RR, +24.945s

  16. Bahattin Sofuoglu (TUR) Motoxracing Yamaha, Yamaha R1, +36.199s

  17. Tito Rabat (ESP) Petronas MIE Racing Team, Honda CBR1000RR-R, +36.291s

  18. Michael Ruben Rinaldi (ITA) Motoxracing Yamaha, Yamaha R1, +43.343s

  19. Tommy Bridewell (GBR) Honda Racing UK, Honda CBR1000RR-R, +49.944s

  20. Zaqhwan Zaidi (MAS) Petronas MIE Racing Team, Honda CBR1000RR-R, +1:08.673s

Alvaro Bautista (ESP) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4 R, DNF

Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha, Yamaha R1, DNF

Tarran Mackenzie (GBR) MGM Bonovo, Ducati Panigale V4 R, DNF