TOPRAK Razgatlioglu Terus Garang, Raih Kemenangan 'Mudah' Perlumbaan 1 WorldSBK Di Donington Park

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

7/13/20242 min read

PELUMBA Turki, Toprak Razgatlioglu merangkul kemenangan kelima berturut-turut dalam kempen WSBK musim ini selepas menakluk Perlumbaan 1 WorldSBK di Pusingan 5 Di Donington Park.

Lebih mengujakan, kemenangan dilakukan dengan cukup dominan dan bergaya oleh pelumba pasukan ROKiT BMW Motorrad itu yang melepasi garisan penamat dengan kelebihan 11.4 saat di belakang pemenang tempat kedua.

Dan ia menjadi kemenangan dengan margin terbesar buat Razgatlioglu yang memimpin perlumbaan sejak awal hingga akhir dan menjadi hadiah buat BMW Motorrad yang disertainya pada musim ini.

Sementara itu, pelumba Kawasaki, Alex Lowes turut menceriakan penyokong tuan rumah dengan meraih tempat kedua.

Dan penyandang juara dunia daripada Ducati, Alvaro Bautista turut mengharungi perlumbaan yang cemerlang selepas melengkapkan kedudukan podium disebalik terpaksa memulakan perlumbaan di petak ke-11.

Rakan sepasukan Bautista, Nicolo Bulega terpaksa berpuas hati terpaksa menamatkan perlumbaan di tempat keempat diikuti juara dunia enam kali WorldSBK, Jonathan Rea (Pata Prometeon Yamaha) dan rakan sepasukannya, Andrea Locatelli meraih tempat keenam dengan Danilo Petrucci (Barni Spark Racing Team) ketujuh.

Sementara itu, pelumba tunggal negara dalam kelas WorldSBK, Adam Norrodin dari pasukan Petronas MIE Racing Honda melepasi garisan penamat selaku pelumba di kedudukan tercorot.

Perlumbaan Superpole dan Perlumbaan 2 dijadual berlangsung pada Ahad.

Berikut keputusan Perlumbaan 1 WorldSBK Donington Park, UK

  1. Toprak Razgatlioglu (TUR) ROKiT BMW Motorrad, 33'16.535s

  2. Alex Lowes (GBR) Kawasaki Racing Team, +11.4s

  3. Alvaro Bautista (ESP) Aruba.it - Ducati, 13.1s

  4. Nicolo Bulega (ITA) Aruba.it - Ducati, +14.9s

  5. Jonathan Rea (GBR) Pata Prometeon Yamaha, +16.3s

  6. Andrea Locatelli (ITA) Pata Prometeon Yamaha, +16.6s

  7. Danilo Petrucci (ITA) Barni Spark Racing Team, +17.6s

  8. Dominique Aegerter (SUI) GYTR GRT Yamaha Team, +24.6s

  9. Michael van der Mark (NED) ROKiT BMW Motorrad, +25.0s

  10. Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha Team, +25.5s

  11. Andrea Iannone (ITA) GoEleven Ducati, +27.2s

  12. Axel Bassani (ITA) Kawasaki Racing Team, +28.8s

  13. Iker Lecuona (ESP) Team HRC, + 30.2s

  14. Garrett Gerloff (USA) Bonovo Action BMW, +30.4s

  15. Michael Rinaldi (ITA) Team Motocorsa Ducati, +33.3s

  16. Bradley Ray (GBR) Yamaha Motoxracing, +44.2s

  17. Tito Rabat (ESP) Kawasaki Puccetti, +44.7s

  18. Phillipp Oettl (GER) GMT94 Yamaha, +45.3s

  19. Sam Lowes (GBR) ELF Marc VDS Racing Team, +58.5s

  20. Adam Norrodin (MAS) Petronas MIE Racing Honda, +1m 24.4s

Scott Redding (GBR) Bonovo Action BMW, DNF

Xavi Vierge (ESP) Team HRC DNF

Tarran Mackenzie (GBR) PETRONAS MIE Racing Honda, DNF