TOPRAK Razgatlioglu Unggul Di Portimao, Rangkul Kemenangan Ke-11 Berturut-Turut!

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

8/11/20242 min read

TOPRAK Razgatlioglu menyamai rekod yang dipegang Alvaro Bautista dan Jonathan Rea memenangi perlumbaan ke-11 secara berturut-turut selepas menjuarai Perlumbaan 1 WorldSBK Pusingan 7 WSBK 2024 di Portimao, Portugal.

Begitupun, ia bukan perlumbaan yang mudah buat pelumba kelahiran Turki itu seperti yang dilihat dalam kebanyakan perlumbaan sebelum ini yang menyaksikan terpaksa bekerja keras sehingga garisan penamat.

Ketinggalan di awal perlumbaan seleaps dipintas pelumba Kawasaki, Alex Lowes, pelumba pasukan ROKiT BMW Motorrad itu kemudian dipintas pula pelumba Ducati, Danilo Petrucci malah pada satu ketika berada di kedudukan kelima.

Sekalipun berjaya bangkit, Razgatlioglu begitupun tampak sukar untuk memintas Petrucci sebelum berjaya melakukannya pada beberapa pusingan terakhir.

Dan meskipun berjaya memintas, Petrucci yang beraksi bersama pasukan Barni Spark Racing Ducati sentiasa memberikan ancaman untuk memintasnya kembali.

Ketika cabaran Petrucci mulai mengendur, penyandang juara dunia WorldSBK Bautista mengambil alih kedudukan kedua dan terus memberikan tekanan kuat kepada Razgatlioglu sehingga garisan penamat.

Sementara itu, pelumba negara yang beraksi menerusi tiket 'Wildcard' dan menunggang jentera Ducati bersama pasukan JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-18.

Manakala seorang lagi pelumba negara, Adam Norrodin yang berlumba bersama pasukan Petronas MIE Racing Honda melepasi garisan penamat di kedudukan ke-20.

Keputusan Perlumbaan 1 WorldSBK WSBK 2024 Portugal

  1. Toprak Razgatlioglu (TUR) ROKiT BMW Motorrad, 33'44.531s

  2. Alvaro Bautista (ESP) Aruba.it Racing Ducati, +0.780s

  3. Danilo Petrucci (ITA) Barni Spark Racing, +1.450s

  4. Garrett Gerloff (USA) Bonovo Action BMW, +4.313s

  5. Alex Lowes (GBR) Kawasaki Racing Team, +4.690s

  6. Michael van der Mark (NED) ROKiT BMW Motorrad, +4.963s

  7. Nicolo Bulega (ITA) Aruba.it Racing Ducati, +5.496s

  8. Axel Bassani (ITA) Kawasaki Racing Team, +11.782s

  9. Dominique Aegerter (SUI) GYTR GRT Yamaha, +13.108s

  10. Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha, +13.740s

  11. Andrea Locatelli (ITA) Pata Prometeon Yamaha, +14.137s

  12. Iker Lecuona (ESP) Team HRC, +15.424s

  13. Xavi Vierge (ESP) Team HRC, +16.007s

  14. Tito Rabat (ESP) Puccetti Racing, +17.886s

  15. Jonathan Rea (GBR) Pata Prometeon Yamaha, +18.459s

  16. Michael Ruben Rinaldi (ITA) Motocorsa Racing, +18.491s

  17. Bradley Ray (GBR) Motoxracing Yamaha, +19.191s

  18. Hafizh Syahrin (MAS) JDT Racing Team, +40.761s

  19. Ivo Lopes (POR) Petronas MIE Racing Team, +49.967s

  20. Adam Norrodin (MAS) Petronas MIE Racing Team, +59.791s

Andrea Iannone (ITA) Team Go Eleven, DNF

Scott Redding (GBR) Bonovo Action BMW, DNF

Philipp Oettl (GER) GMT94 Yamaha, DSQ