TORRAK Razgatlioglu Takluk Perlumbaan 1 Portimao
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
3/29/20251 min read


PERSAINGAN sengit dan menghiburkan ditampilkan pada Perlumbaan 1 WorldSBK di Portimao, Portugal membabitkkan Toprak Razgatlioglu dan Nicolo Bulega sebelum penyandang juara dunia itu muncul sebagai juara.
Sekalipun bermula di petak utama, Razgatlioglu begitupun mengharungi permulaan agak buruk sebelum bangkit mengisi kedudukan podium pada penghujung pusingan kedua.
Dan pelumba kelahiran Turki itu bersaing sengit dengan Bulega yang menyaksikan kedudukan posisi pendahulu beberapa kali berpindah tangan pada 10 pusingan terakhir sebelum melepasi garisan penamat sebagai pemenang.
Tiga pengeluar berbeza mengisi kedudukan podium kali ini dengan Andrea Locatelli dari Yamaha menamatkan perlumbaan di tempat ketiga selepas turut bersaing sengit dengan pelumba Barni Spark Racing Ducati, Danilo Petrucci.
Honda mengisi kedudukan kelima menerusi Xavi Vierge dengan rakan sepasukan Razgatlioglu, Michael van der Mark ke-6.
Pelumba Itali, Andrea Iannone yang memulakan perlumbaan di petak ke-16 susulan penalti menamatkan perlumbaan di tempat ke-7 diikuti Dominique Aegerter (GYTR GRT Yamaha), Axel Bassani (Bimota by KRT) dengan rakan sepasukan Aegerter, Remy Gardner melengkapkan kedudukan 10 terbaik.
Seorang lagi pelumba Honda, Iker Lecuona melepasi garisan penamat di tempat ke-11 diikuti Garrett Gerloff (Kawasaki WorldSBK Team), Bahattin Sofuoglu (Motoxracing Yamaha).
Pelumba pasukan PETRONAS MIE Honda, Tarran Mackenzie mengutip mata kejuaraan pertamanya musim ini selepas menamatkan perlumbaan di tempat ke-14 di dengan pelumba Sepanyol, Tito Rabat (Motoxracing Yamaha) meraih mata terakhir.
Tiada kelibat juara dunia 2023, Alvaro Bautista selepas dia mengalami kemalangan dengan pelumba Britain, Scott Redding di awal perlumbaan.
Turut mengalami kemalangan dan menamatkan perlumbaan dengan status DNF adalah pelumba negara, Mohd Zaqhwan Zaidi.
