TPM Usul Cadangan 'Nak Popular', Naik Taraf Lesen B2 Ke B 'Full' Secara 'Auto' Lepas 3 Tahun!

TULAR

8/28/20231 min read

SATU cadangan yang agak 'pelik' dan unik dikemukakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, baru-baru ini membabitkan sistem pengkelasan lesen motosikal di Malaysia.

Memetik laporan Berita Harian, Zahid Hamidi berkata pihaknya sudah pun mengemukakan kertas cadangan naik taraf lesen motosikal Kelas B2 kepada B 'Full' (atas 250 cc) secara automatik kepada Kementerian Pengangkutan (MOT).

Lebih menarik, Zahid Hamidi turut menjelaskan cadangan itu bukan satu masalah untuk direalisasikan kerana ia hanya membabitkan pentadbiran sahaja malah tiada ujian diperlukan.

Tetapi, cadangan itu tetap perlu diteliti oleh MOT yang dikemudi Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Dalam cadangan itu, naik taraf lesen memandu B2 kepada B 'Full' itu juga tertakluk kepada penunggang motosikal yang tidak melakukan kesalahan jalan raya serius dalam tempoh tiga tahun selepas mendapat B2.

Dan ini adalah petikan kata-kata Zahid Hamidi menurut Berita Harian:

“Saya tidak fikir ujian memandu (diperlukan) kerana mereka pemandu (penunggang) yang berpengalaman, dan saya juga fikir mereka tidak memerlukan syarat-syarat ketat.

“Saya akan kemukakan kepada Menteri Pengangkutan (Anthony Loke Siew Fook) dahulu, saya tidak fikir ini satu masalah kerana ia merupakan isu pentadbiran sahaja."

Secara dasarnya, rakyat Malaysia boleh mendapatkan lesen motosikal apabila umur mereka mencecah 16 tahun tidak kira lesen B2 atau B 'Full'. Tetapi untuk mendapatkan lesen B 'Penuh', satu ujian berbeza, termasuk menunggang motosikal bersesaran besar dijalankan sebagai salah satu syarat.