TRIO Ducati Kuasai Barisan Depan GP San Marino 2023
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
9/9/20231 min read


DUCATI menguasai barisan depan MotoGP Grand Prix San Marino 2023 diketuai pelumba pasukan satelit Pramac Ducati, Jorge Martin yang turut meranapkan rekod sepusingan terpantas di Misano, hari ini.
Di petak kedua adalah seorang lagi pencabar kejuaraan dunia musim ini, Marco Bezzecchi juga dari pasukan satelit Ducati, Mooney VR46 manakala penyandang juara, Francesco Bagnaia melengkapkan barisan depan.
Mengetuai barisan kedua adalah pemenang tempat kedua di Barcelona, Maverick Vinales dari Aprilia Racing dan pelumba ujian KTM, Dani Pedrosa melakukan catatan kelima terpantas.
Melengkapkan barisan kedua adalah pemenang di pusingan sebelum ini, Aleix Espargaro dari pasukan Aprilia Racing.
Jentera keluaran jenama Jepun terbaik adalah Honda menerusi Marc Marquez yang menghuni petak ke-9.
Pelumba Yamaha terbaik adalah Fabio Quartararo di petak ke-13.
Keputusan sesi kelayakan, grid perlumbaan GP San Marino 2023
1. Jorge Martin (SPA) Pramac Ducati (GP23), 1'30.390s
2. Marco Bezzecchi (ITA) Mooney VR46 Ducati (GP22), +0.397s
3. Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP23), +0.436s
4. Maverick Vinales (SPA) Aprilia Racing (RS-GP23), +0.526s
5. Dani Pedrosa (SPA) Red Bull KTM (RC16), +0.633s
6. Aleix Espargaro (SPA) Aprilia Racing (RS-GP23), +0.692s
7. Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +0.713s
8. Luca Marini (ITA) Mooney VR46 Ducati (GP22), +0.820s
9. Marc Marquez (SPA) Repsol Honda (RC213V), +0.833s
10. Miguel Oliveira (POR) RNF Aprilia (RS-GP22), +0.887s
11. Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP22), +0.888s
12. Raul Fernandez (SPA) RNF Aprilia (RS-GP22), +0.951s
13. Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), 1'31.467
14. Michele Pirro (ITA) Aruba.it Ducati (GP23), 1'31.533s
15. Stefan Bradl (GER) LCR Honda (RC213V), 1'31.56s
16. Johann Zarco (FRA) Pramac Ducati (GP23), 1'31.667s
17. Augusto Fernandez (SPA) Tech3 GASGAS (RC16)*, 1'31.678s
18. Jack Miller (AUS) Red Bull KTM (RC16), 1'31.713s
19. Franco Morbidelli (ITA) Monster Yamaha (YZR-M1), 1'31.845s
20. Takaaki Nakagami (JPN) LCR Honda (RC213V), 1'31.851s
21. Fabio Di Giannantonio (ITA) Gresini Ducati (GP22), 1'31.914s
22. Joan Mir (SPA) Repsol Honda (RC213V), 1'31.944s
23. Pol Espargaro (SPA) Tech3 GASGAS (RC16), 1'32.14s
