TRIPLE Eight JMR Raih Podium Di Perlumbaan 12 Jam Bathurst
SUKAN PERMOTORAN 4 RODA
2/19/20241 min read
PASUKAN Triple Eight JMR yang diwakili YAM Tunku Abdul Rahman sekali lagi raih kejayaan podium kali ini di Perlumbaan 12 Jam Bathurst di Australia.
Beraksi dalam kelas Pro AM GT3, gandingan Tunku Abd Rahman bersama rakan sepasukan Jamie Whincup dan Jordan Love bergilir-gilir mempamerkan pemanduan cekap sepanjang perlumbaan.
Tetapi berbaki 20 minit perlumbaan, kerosakan pada 'Splitter' kereta menyaksikan mereka terpaksa berpuas hati di tangga ketiga.
Kemenangan di Litar Mount Panorama, Bathurst itu menjadi milik pasukan The Bend Manthey EMA yang diwakili Picariello, King, Shahin dan tempat kedua menjadi milik pasukan Heart of Racing By SPS menerusi gandingan Riberas, Gunn dan James.
Triple Eight JMR pada minggu lalu menjadi naib juara keseluruhan Siri Asian Le Mans kelas GT3.