TRIUMPH Scrambler 400 XC (2026) Tiba Di Malaysia, RM 34.2k!
Dikuasakan oleh enjin 398 cc, 1 Silinder, Penyejuk Cecair, Fi, DOHC yang sama dengan Triumph Scrambler 400 X, tetapi Triumph Scrambler 400 XC dioptimumkan untuk lebih banyak kawalan di laluan off-road
PELANCARAN
2/11/20261 min read


TRIUMPH Motorcycle Malaysia menambah penawaran dalam siri '400' apabila mengumumkan kehadiran model dalam segmen gaya klasik moden dengan sentuhan lasak, Triumph Scrambler 400 XC (2026) yang tampil bersama harga jualan bermula RM 34,200.
Seperti biasa, harga berkenaan adalah asas, tidak termasuk pendaftaran dan insurans dengan tempahan kini dibuka di semua pengedar sah Triumph Motorcycle Malaysia.
Dikuasakan oleh enjin 398 cc, 1 Silinder, Penyejuk Cecair, Fi, DOHC yang sama dengan Scrambler 400 X, tetapi dioptimumkan untuk lebih banyak kawalan di laluan off-road.
Guna rim jejari aluminium bersaiz 19 inci (depan) dan 17 inci (belakang) dan tampil dengan tiga pilihan warna:
Racing Yellow
Storm Grey
Vanilla White
Menurut syarikat itu lagi, Triumph Scrambler 400 XC (2026) akan mula tiba di bilik pameran pada Mac 2026.







