TRIUMPH Thruxton 400 (2025) Debut Global Di India, RM 14k!
Kehadiran Triumph Thruxton 400 (2025) menyertai tiga lagi model yang menggunakan enjin TR-Series yang dibangunkan syarikat itu bersama pengeluar India, Bajaj - Triumph Speed 400, Scrambler 400 X dan Scrambler 400 XC
TERKINI
8/8/20251 min read


SYARIKAT pengeluar motosikal Britain, Triumph membuat debut global penawaran terbaharunya untuk model dalam keluarga sesaran enjin 400 cc, Triumph Thruxton 400 (2025) di pasaran India.
Kehadiran Triumph Thruxton 400 (2025) menyertai tiga lagi model yang menggunakan enjin TR-Series yang dibangunkan syarikat itu bersama pengeluar India, Bajaj - Triumph Speed 400, Scrambler 400 X dan Scrambler 400 XC.
Tampil dengan gaya ikonik Cafe Racer iaitu separa berfairing, tetapi apa yang lebih menarik adalah harga jualannya di negara berkenaan iaitu ₹2.74 lakh atau sekitar RM 14,000.
Selain fairing separa, ciri-ciri Cafe Racer lain adalah ia menggunakan lampu utama LED berbentuk bulat, bar hendal jenis clip-on, footpeg yang diposisi lebih ke belakang dan tinggi untuk posisi tunggangan agresif.
Empat pilihan warna dua tona diperkenalkan:
Lava Red
Pearl Metallic White
Phantom Black
Metallic Racing Yellow
Mengulas trenkuasa, Triumph Thruxton 400 (2025) menggunakan enjin 398 cc, 1 Silinder, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, transmisi 6 kelajuan klac manual lengkap klas 'Slip/Assist'.
Mengunakan teknologi 'Ride by wire', kuasa yang dihamburkan adalah sebesar 41 Hp @ 9,000 rpm dan tork 37.5 Nm @ 7,500 rpm.
Sistem suspensi menggunakan fork jenis terbalik (USD) 43 mm dengan jarak travel 135 mm dan penyerap hentak tunggal (belakang) dengan ciri pelarasan pra-beban. Sistem henti dijana brek cakera tunggal 300 mm depan dengan kaliper 4 Piston dan brek cakera 230 mm, kaliper 1 Piston (belakang) lengkap Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.
Info lain adalah seperti berikut:
Panel meter digital LCD
Port USB Type-C
Tangki bahan api 13 liter
Tinggi pelana 795 mm
Berat kerb 183 kg
Di Malaysia, Triumph Motor Malaysia memang aktif dengan pengenalan model-model baharu dan menariknya, model seperti Triumph Speed 400, Scrambler 400 X dan Scrambler XC sudah pun berada di katalog mereka.
