TUGAS Sukar Menanti Adam, Petronas MIE Racing Honda Di Australia

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

2/21/20242 min read

PELUMBA tunggal negara di WorldSBK 2024, Adam Norrodin memiliki tugas yang cukup getir pada perlumbaan pembuka tirai Kejuaraan Motosikal Dunia (WSBK) 2024 di Phillip Island, hujung minggu ini jika bersandarkan kepada keputusan diraih ketika ujian di gelanggang sama.

Beraksi sebagai pelumba pasukan Petronas MIE Racing Honda, Adam yang menunggang jentera Honda CBR1000RR-R tampak bergelut selepas sekadar mencatatkan masa ke-23 terpantas ujian berkenaan.

Lebih mengecewakan, ia adalah catatan tercorot yang menyaksikan catatan pelumba kelahiran Johor itu 3.577 saat (s) lebih perlahan berbanding pelumba yang mencatatkan masa terpantas.

Melakukan catatan terpantas ujian WorldSBK di Phillip Island adalah pelumba baharu BMW Motorrad, Toprak Razgatlioglu (ROKiT BMW Motorrad) dengan catatan 1:28.511s.

Selain Adam, turut nampak bergelut adalah rakan sepasukannya, Tarran Mackenzie menduduki tangga ke-22 terpantas.

Seperti kedua-dua pelumba pasukan yang boleh dianggap 'satelit' kepada Honda Racing Corporation (HRC) itu, kedua-dua pelumba pasukan 'kilang' Honda juga tampak bergelut.

Apa tidaknya, pelumba utama HRC, Xavi Vierge hanya melakukan catatan ke-16 terpantas, ketinggalan 1.466s di belakang catatan Toprak.

Dan rakan sepasukannya, Iker Lecuona meraih catatan lebih buruk iaitu ke-19 terpantas, 1.957s di belakang catatan pelumba terbaik.

Berikut adalah catatan terpantas ujian pra-musim WorldSBK 2024 di Australia.

1. Toprak Razgatlioglu (TUR) ROKiT BMW Motorrad Team, 1:28.511s

2. Nicolo Bulega (ITA) Aruba.it - Ducati, +0.074s

3. Andrea Locatelli (ITA) Pata Prometeon Yamaha, +0.324s

4. Andrea Iannone (ITA) GoEleven Ducati, +0.490s

5. Alex Lowes (GBR) Kawasaki Racing Team, +0.700s

6. Michael Rinaldi (ITA) Team Motocorsa Ducati, +0.702s

7. Alvaro Bautista (ESP) Aruba.it - Ducati, +0.767s

8. Scott Redding (GBR) Bonovo Action BMW, +0.859s

9. Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha Team, +0.888s

10. Axel Bassani (ITA) Kawasaki Racing Team, +0.895s

11. Sam Lowes (GBR) ELF Marc VDS Racing Team, +0.921s

12. Danilo Petrucci (ITA) Barni Spark Racing Team, +0.957s

13. Dominique Aegerter (SUI) GYTR GRT Yamaha Team, +1.137s

14. Michael Van Der Mark (NED) ROKiT BMW Motorrad Team, +1.205s

15. Jonathan Rea (GBR) Pata Prometeon Yamaha, +1.455s

16. Xavi Vierge (ESP) Team HRC, +1.466s

17. Philipp Oettl (GER) GMT94 Yamaha, +1.475s

18. Garrett Gerloff (USA) Bonovo Action BMW, +1.870s

19. Iker Lecuona (ESP) Team HRC, +1.957s

20. Bradley Ray (GBR) Yamaha Motoxracing Team, +2.048s

21. Tito Rabat (ESP) Kawasaki Puccetti, +2.518s

22. Tarran Mackenzie (GBR) PETRONAS MIE Racing Honda, +3.069s

23. Adam Norrodin (MAS) PETRONAS MIE Racing Honda, +3.577s