TUKAR Helmet Percuma, Peluang Menang Modenas Kriss Di Bukit Jalil Bermula Esok

TERKINI

12/7/20231 min read

PELUANG tukar helmet secara percuma dan memenangi motosikal 'Kapcai' Modenas Kriss 110. Itu antara pengisian menarik yang tersedia di Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI pada 8 (Esok) hingga 10 Disember 2023.

Berlangsung di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Program Penukaran Helmet dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Pengangkutan (MOT).

Selain penukaran helmet, sejumlah tiga unit Modenas Kriss 110 turut tersedia untuk dimenangi oleh pengunjung yang hadir menerusi cabutan bertuah.

Antara pengisian lain daripada JPJ adalah diskaun membabitkan kadar kompaun.

Turut menawarkan program kadar pengurangan kompaun adalah Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Begitupun perlu diingat, bukan semua kompaun tersedia untuk pengurangan berkenaan.

Kepada yang berminat untuk hadir, pelbagai acara dan aktiviti menarik turut dijalankan oleh pelbagai jabatan di bawah 14 kementerian Kerajaan MADANI.

Program esok akan bermula pada 9 pagi hingga 4 petang manakala Sabtu (9 pagi- 10 malam) dan Ahad (9 pagi - 6 petang).