TUNJUK Ajar Pecco Tak Begitu Membantu - Fabio di Giannantonio

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

2/20/20241 min read

PELUMBA baharu Pertamina Enduro VR46 Ducati, Fabio di Giannantonio membuktikan kualitinya dengan muncul pelumba terpantas Ducati yang menunggang jentera GP23 ketika hari pertama ujian rasmi pra-musim MotoGP 2024 di Qatar.

Seperti dijangka, pelumba kelahiran Itali itu memang tampak selesa di Litar Losail, Qatar selepas memenangi perlumbaan di venue sama, musim lalu bersama Gresini Ducati.

Dan prestasi baik itu berterusan sekalipun dia menggunakan jentera GP23 yang sekaligus membuktikan nasihat yang diberikan oleh penyandang juara dunia MotoGP, Francesco Bagnaia kepada tak begitu tepat.

Secara keseluruhan, pelumba yang tempatnya di Gresini Ducati dirampas pelumba Sepanyol, Marc Marquez melakukan catatan ke-5 terpantas di Qatar, hanya ketinggalan di belakang Pecco, Jorge Martin, Aleix Espargaro (Aprilia) dan Brad Binder (KTM).

"Tahun lalu, saya memperoleh beberapa podium... Saya bercakap dengan Pecco mengenai perbezaan di antara kedua-dua jentera ini (GP22 dan GP23)," kata Di Giannantonio memetik laporan Crash.net.

"Dia berkata kepada saya yang dengan jentera GP23, saya perlu mengubah sedikit gaya tunggangan saya. Kerana gaya tunggangan saya akan menjadi lebih teruk dengan jentera ini.

"Tetapi kebenarannya adalah ia memperbaiki mata saya. Saya hanya menunggang seperti saya tunggang tahun lalu.

"Jentera sentiasa membenarkan saya untuk terus memberikan tekanan dan lebih laju, dan perasaan saya dengan jentera juga lebih baik.

"Sejujur-jujurnya, segala-galanya bertambah baik dari sudut saya," katanya.

Tampak bergelut ketika di awal musim, prestasi Di Giannantonio mengalami peningkatan mendadak selepas mengetahui tempatnya dirampas Marquez dengan memenangi perlumbaan di Qatar dan tempat ketiga di Australia.

Dan ketika Di Giannantonio nampak cukup selesa dengan GP23, rakan sepasukannya Marco Bezzecchi yang juga pencabar utama kejuaraan musim lalu mengakhiri ujian di tangga ke-11 terpantas.