UJIAN Enjin V4 Baru Tahap Uji Keupayaan - Yamaha Racing

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

6/12/20251 min read

YAMAHA mengesahkan tugas menguji enjin konfigurasi V4 MotoGP pengeluar itu di Litar Catalunya, Barcelona, Sepanyol dijalankan oleh dua pelumba ujiannya, Andrea Dovizioso dan Augusto Fernandez.

Selepas memperdengarkan bunyi ngauman enjin berkenaan, semalam, pengeluar Jepun itu kemudian mendedahkan yang ujian berkenaan masih di tahap 'menguji keupayaan'.

Dan selain V4, Yamaha mengesahkan mereka turut berusaha untuk meningkatkan kemampuan enjin 4 Silinder Sebaris (I4) yang sedang digunakan pasukan itu ketika ini, kata bos Yamaha Racing, Massimo Meregalli.

"Pasukan ujian sedang sibuk membangunkan kedua-duanya," kata Meregalli memetik laporan Crash.net. "Jentera sedia ada (I4) dan jentera baharu (V4). Tetapi jentera baharu kamu hanya mengadakan ujian keupayaan.

"Kami tidak berada pada tahap untuk menilai prestasi. Pelumba pasukan 'kilang' akan menguji jentera ini hanya apabila mereka percaya yang prestasinya cukup baik untuk merasainya, untuk memahaminya."

Sebagai info, ujian di Barcelona adalah tambahan kepada ujian rasmi MotoGP di Aragon.

Seperti diketahui, peraturan konsesi membenarkan Yamaha dan Honda untuk menjalankan ujian berkenaan dalam usaha untuk mempercepatkan kebangkitan mereka.

"Penting untuk terus melakukan ujian," kata Meregalli. "Kamu tidak mempunyai masa yang cukup untuk melakukan ujian di tempat lain, pada bila-bila masa. Jika kamu melihat pada perlumbaan terakhir, kami tidak boleh kata yang ia adalah positif."