UJIAN 'Shakedown' MotoGP Berakhir, Siapa Paling Laju?

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

2/2/20252 min read

SELEPAS tiga hari 'menggegarkan' Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS, ujian 'Shakedown' MotoGP 2025 melabuhkan tirainya, hari ini.

Seperti sebelum ini, kesemua lima pengeluar mengambil peluang menguji jentera masing-masing bagi mendapatkan persiapan baik untuk mengharungi kempen 2025 dengan kelebihan terarah kepada dua pasukan yang memperoleh konsesi Honda dan Yamaha.

Justeru bukan saja pelumba ujian dan 'rookie', pelumba 'senior' termasuk juara dunia, Fabio Quartararo turut 'beraksi' pada edisi kali ini.

Dari sudut angka, seramai 14 pelumba 'turun padang' pada sesi hari ketiga yang memberikan situasi cukup mengujakan di Sepang.

Pelumba ujian KTM, Pol Espargaro mencatatkan masa terpantas sesi hari pertama yang membabitkan 10 pelumba menerusi catatan terbaik 1 minit 59.691 saat (s).

Situasi itu berubah apabila pelumba-pelumba pasukan 'kilang' Yamaha tiba dengan Alex Rins (Monster Yamaha) mencatatkan masa terpantas hari kedua dan Fabio Quartararo melakukan catatan lebih pantas bawah 1 minit 58 saat pada hari ini.

Pelumba ujian Yamaha - Andrea Dovizioso dan Augusto Fernandez tidak menggunakan nama masing-masing untuk ujian dan hanya menggunakan nama 'Pelumba ujian Yamaha'.

Dovizioso begitupun menunggang pada hari pertama dan hampir keseluruhan hari kedua ujian dengan Fernandez memulakan tugasnya menguji Yamaha M1 pada penghujung hari kedua dan permulaan hari ketiga.

Pelumba-pelumba Yamaha termasuk Quartararo, Rins, Jack Miller dan Miguel Oliveira (Pramac Yamaha) hanya menyertai sesi pada hari kedua.

Pelumba Honda seperti Luca Marini, Johann Zarco dan Joan Mir sepatutnya layak untuk menyertai ujian kali ini tetapi tidak melakukannya.

Pelumba 'rookie' terpantas adalah Ai Ogura (Trackhouse Aprilia) selepas melakukan 1:58.208s pada hari ini.

Ujian pra-musim MotoGP 2025 dijadual berlangsung pada 5 hingga 7 Februari ini.

Catatan terpantas hari ketiga (2 Februari)

  1. Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), 1:57.794s

  2. Jack Miller (AUS) Pramac Yamaha (YZR-M1), 1:58.103s

  3. Aleix Espargaro (SPA) Honda (RC213V), 1:58.103s

  4. Ai Ogura (JPN) Trackhouse Aprilia (RS-GP25), 1:58.208s

  5. Pol Espargaro (SPA) KTM (RC16), 1:58.291s

  6. Fermin Aldeguer (SPA) Gresini Ducati (GP24), 1:58.421s

  7. Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1), 1:58.489s

  8. Miguel Oliveira (POR) Pramac Yamaha (YZR-M1), 1:58.526s

  9. Dani Pedrosa (SPA) KTM (RC16), 1:59.080s

  10. Michele Pirro (ITA) Ducati (GP25), 1:59.508s

  11. Lorenzo Savadori (ITA) Aprilia (RS-GP25), 1:59.843s

  12. 'Pelumba Ujian' Yamaha Factory Racing (YZR-M1), 2:00.115s

  13. Somkiat Chantra (THA) LCR Honda (RC213V), 2:00.550s

Catatan terpantas hari kedua (1 Februari)

  1. Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1), 1:58.745s

  2. Pol Espargaro (SPA) KTM (RC16), 1:58.748s

  3. Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), 1:58.812s

  4. Ai Ogura (JPN) Trackhouse Aprilia (RS-GP25), 1:58.914s

  5. Fermin Aldeguer (SPA) Gresini Ducati (GP24), 1:58.930s

  6. Jack Miller (AUS) Pramac Yamaha (YZR-M1), 1:59.152s

  7. Dani Pedrosa (SPA) KTM (RC16), 1:59.425s

  8. Aleix Espargaro (ESP) Honda HRC (RC213V), 1:59.714s

  9. Miguel Oliveira (POR) Pramac Yamaha (YZR-M1), 1:59.780s

  10. Takaaki Nakagami (JPN) Honda (RC213V), 1:59.879s

  11. Michele Pirro (ITA) Ducati (GP25), 2:00.168s

  12. 'Pelumba ujian' Yamaha Factory Racing (YZR-M1), 2:00.351s

  13. Lorenzo Savadori (ITA) Aprilia (RS-GP25), 2:00.921s

  14. Somkiat Chantra (THA) LCR Honda (RC213V), 2:01.028s

Catatan terpantas hari pertama (31 Januari)

  1. Pol Espargaro (SPA) KTM (RC16), 1:59.691s

  2. Ai Ogura (JPN) Trackhouse Aprilia (RS-GP25), 1:59.862s

  3. Takaaki Nakagami (JPN) Honda (RC213V), 1:59.888s

  4. Dani Pedrosa (SPA) KTM (RC16), 1:59.926s

  5. Fermin Aldeguer (SPA) Gresini Ducati (GP24), 2:00.053s

  6. 'Pelumba ujian' Yamaha Factory Racing (YZR-M1), 2:00.881s

  7. 'Pelumba ujian' Yamaha Factory Racing (YZR-M1), 2:01.207s

  8. Michele Pirro (ITA) Ducati (GP25), 2:01.383s

  9. 'Pelumba ujian' Yamaha) Factory Racing (YZR-M1), 2:02.330s

  10. Lorenzo Savadori (ITA) Aprilia (RS-GP25), 2:03.782s