UMA Racing Bikin Yamaha Y15ZR Hakim Danish Jadi Padu!
Selain UMA Racing, pelbagai komponen dan barangan alat ganti 'aftermarket' berkualiti tinggi daripada jenama RCB dan Solfili turut digunakan dengan kos keseluruhan dikatakan mencecah lebih daripada RM 25k
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
8/6/20251 min read


SEBAGAI penghargaan dan tanda sokongan kepada Hakim Danish Ramli yang juga atlit RCB, UMA Racing, jenama di bawah syarikat MKA Group menjalankan 'Projek khas' yang menampilkan transformasi terhadap motosikal Yamaha Y15ZR milik pelumba muda negara itu.
Menurut UMA Racing, inisiatif istimewa itu menunjukkan komitmen jenama berkenaan terhadap bakat perlumbaan tempatan itu yang sudah banyak membanggakan negara di pentas antarabangsa.
Tidak lagi 'Standard', Yamaha Y15ZR milik pelumba kelahiran Terengganu itu kini mendapat pelbagai penambahbaikkan bukan saja dari sudut luaran, malah 'dalaman' termasuk komponen enjin berprestasi daripada UMA Racing.
Selain UMA Racing, pelbagai komponen dan barangan alat ganti 'aftermarket' berkualiti tinggi daripada jenama RCB dan Solfili turut digunakan dengan kos keseluruhan dikatakan mencecah lebih daripada RM 25k.
Penolong Pengurus Besar UMA Racing, Alfred Lim Chiu Siong, berkata selain menjadi 'hadiah' kepada Hakim Danish yang sudah banyak mengharumkan nama Malaysia, apa yang dilakukan turut mempunyai signifikan tersendiri.
"Menerusi kerjasama ini, UMA Racing bersama RCB mengukuhkan sokongan kepada bakat akar umbi, menyokong bakat muda dan masa depan atlit muda negara dan memastikan mereka mempunyai kelengkapan yang betul untuk mengejar impian mereka."
"Selain itu, ia turut dapat mempromosikan penggunaan alat ganti berprestasi tulen, dan memupuk budaya tunggangan positif dalam komuniti penunggang motosikal Malaysia."
"Ia turut mencerminkan komitmen UMA Racing terhadap inovasi berterusan, dengan menghasilkan alat ganti berprestasi tinggi yang memenuhi keperluan penunggang kompetitif dan harian.
"Justeru, kami di UMA Racing turut berharap inisiatif ini akan terus memberi inspirasi kepada bakat-bakat masa depan dan menekankan kepentingan disiplin, fokus dan ketekunan dalam mencapai impian tanpa mengabaikan tanggungjawab di jalan raya."
Seperti diketahui, UMA Racing adalah pembuat pelbagai komponen 'artermarket' berprestasi terutama membabitkan enjin khususnya untuk meningkatkan prestasi motosikal.
