"Misano" "vr46" "itali" "valentino rossi" "bmw"
Valentino Rossi raih kemenangan di Litar Misano bersama BMW dan meraikan kemenangan itu dengan graduan yang juga anak didiknya dalam akademi Vr46 miliknya di Itali
SUKAN PERMOTORAN 4 RODA
5/20/20241 min read
LEGENDA MotoGP, Valentino Rossi terus membuktikan kemampuan unik dimilikinya dengan menjuarai perlumbaan GT World Challenge Europe 2024 di Misano, Itali, hujung minggu lalu.
Kemenangan di Misano adalah yang kedua buat Rossi selepas pelumba kelahiran Itali itu turut melakukannya pada tahun lalu.
Beraksi bersama pasukan Team WRT BMW, Rossi dan rakan sepasukannya Maxime Martin cemerlang memenangi Perlumbaan 1 yang berlangsung pada Sabtu dan menaiki podium pada Perlumbaan 2 pada Ahad.
Dan lebih menarik, Rossi yang memiliki sejarah hebat di Misano ketika masih berlumba dalam perlumbaan 2 roda meraikan kejayaan berkenaan dengan pelumba Akademi VR46.
"Minggu yang hebat di Misano untuk keseluruhan pasukan," kata Rossi yang kini sudah berusia 45 tahun.
"Kami benar-benar menikmatinya. Maxime melakukan kerja yang menakjubkan untuk meletakkan jentera kami di petak utama.
"Saya gembira kerana kami sekali lagi menang, satu tahun kemudian. Penghujung perlumbaan yang amat sukar kerana Charles (Weerts) memberikan tentangan yang hebat, tetapi saya menyelesaikan tugas dan tidak melakukan sebarang kesalahan.
"Pada Perlumbaan 2, kami meraih satu lagi podium. Ia lebih sukar untuk memotong, tetapi ia podium berganda dan minggu menakjubkan di laman sendiri."
Kejayaan pelumba yang diberi julukan 'The Doctor’ di Misano menjadi pemanas badan hebat menjelang perlumbaan 24 Jam Le Mans yang dijadual bulan depan.